Written By Tegarfishing Club on Saturday, June 2, 2012 | 14:49
2hb.Jun 2012-Menyuarat post-mortem dan menerima pengesahan keahlian baru telah diadakan pada 1hb.Jun 2012,antara perkara yang dibincang adalah berkaitan penambahbaikan penganjuran,dan cadangan trip yang akan datang,Bagi tahun hadapan ahli mesyurat telah bersetuju untuk membawa pemancing-pemancing tegar untuk meredah Laut China Selatan disebelah Sabah unutk kali yang ke empat.
Secretary Fadli sedang Mengemas kini data sebelum mesyuarat
Ahli TFC sedang mendengar laporan kewangan
Pengerusi dan seluruh warga Club mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu En.Abu Samah bin Yunus dengan No keahlian :14TFC5077-2012 dan En.Nassaruddin bin Manaf dengan No.keahlian :13TFC5039-2012 yang telah disahkan keahliannya dalam mensyaurat tersebut
Written By Tegarfishing Club on Friday, June 1, 2012 | 22:33
19hb.Mei 2012-Kami berkumpul seawal jam 5 pagi bagi memenuhi impian setiap kaki pancing yang telah menunggu lama untuk menduga Laut China Selatan buat kali yang kedua.Walaupun trip kali ini menghidangkan cabaran yang paling getir dalam sejarah penglibatan kami dalam penganjurkan trip memancing keseluruh Negara,Sabah dan Sarawak.Kami tetap cekal untuk meneruskan program tahunan kelab kami.Bermula dengan masaalah kapal yang kami sewa hinggalah kelewatan jadual penerbangan kami yang dilewatkan selama 1 jam...Apa yang berlaku mengakibatkan jadual yang telah diatur juga terpaksa di pinda.Bermula dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh En.Muhammad Zurkashi,kami seramai 12 orang pemancing memulakan perjalanan dengan rasa tidak sabar yang teramat sangat.
Kami tiba di LCCT Sepang kira-kira jam 6.30 pagi dan terus memulakan daftar masuk bagasi...kami sedikit kecewa apabila di beritahu penerbangan kami yang dijadualkan jam 8.30 pagi telah di tunda kepada jam 9.45 pagi.Penantian yang cuma 75minit ini sudah cukup untuk membuatkan semua pemancing merasa resah dan gelisah.
Penerbangan yang cuma memakan masa 1jam 45 minit dirasakan terlalu lama,pun begitu kami tetap terhibur dengan gelagat rakan ahli yang memang terkenal latahnya telah diusik oleh teman-teman yang lain jelas terbanyang diwajah Secretary Fadli dan Banker Salim.
Jam 11.30 pagi pesawat yang membawa kami telah selamat mendarat di LTAK dan ketibaan kami telah sambut oleh OC OBD yang satu hari lebih awal berada di Kuching. Memang telah menjadi tradisi kami,kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta yang mengikuti trip kami..terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami dan kita berjumpa lagi di trip-trip yang akan datang.
Written By Tegarfishing Club on Sunday, May 27, 2012 | 12:53
ALFATIHAH.....
Pengerusi dan ahli-ahli mengucapkan takziah kepada En.Nasaruddin bin Manaf salah seorang ahli kelab kerana perginya orang yang tersayang menemuai penciptanya beberapa bulan yang lalu....seluruh ahli kelabturut bersedih diatas apa yang berlaku, apa pun kematian itu pasti.....SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN TELAH DISAMPAIKAN OLEH EN.MUHAMMAD ZURKASHI BIN HJ ABDULLAH ,SELAKU PEMEGANG AMANAH KEWANGAN KELAB.
Written By Tegarfishing Club on Tuesday, August 16, 2011 | 11:25
Setelah hampir 7 bulan memantau, akhirnya pada bulan May yang lalu trip ke Kuching Sarawak ini berjaya juga dilaksanakan. Walaupun terdapat banyak berlaku masalah dalaman, tetapi semua itu tidak mematahkan semangat2 ahli untuk berjuang di perairan Negeri Sarawak ini.
Trip selama 6 hari (4h3m dilaut & selebihnya di darat) sememangnya menjanjikan kepuasan kepada ahli sehingga ada yang merancang untuk kembali ke sini lagi pada tahun akan datang. Dari segi pendapat ahli2 pula, trip kali ini sememangnya membuahkan hasil tangkapan yang cukup banyak. Boleh dikatakan ia lebih banyak dari trip di Sabah sebelum ini.
Trip kali ini disertai seramai 16 orang ahli. Jumlah yang paling ramai dalam sejarah Tegarfishing Club membuat trip memancing. Walaupun Tegarfishing Club ini masih muda dan mentah, tetapi sokongan serta pertambahan ahli2 baru amatlah dibanggakan. Semoga trip selepas ini, akan bertambah lagi bilangan ahli yang bakal menyertai.
Written By Tegarfishing Club on Wednesday, June 15, 2011 | 05:44
JOHOR
Desaru Mohd Shah : 012-7629336
Johor Bharu JD Artac : 907-2327168 & 019-7251340
Mackerel Enterprise : 016-7513618 & 016-7519066
South China Sea Fishing Charter : 019-7619509 & 012-7373769
Karang Emas / Pulau Batu Putih Badul : 016-730 6527
Zulkifli Laiman 019-7897942
Mersing/Pemanggil/Aur/Sibu/Tinggi
Eddy Duyung 012-2476126
Ah Tea : 019-7535147 & 019-7075699
MG Sea sports : 012-7169218 & 07-7991802
Pak Muda : 07-7992992
Jacky : 019-7657946
Penyabong Abg Zali - 012-7655583 (Bot 7 org ) Pak Nik : 012-7308708 / 019-7425021 Aziz : 016-7940763 Mustapha Abu Bakar 012-9555415
Pulau Aur Dayang Blues Resort : 07-3536055 & 010-7770579
Pulau Kukup Pak Wai : 016-7276095.
Pulau Pemanggil Heaven Resort Pak Dagang/Zurai : 013-7768927 & 019-7690407
Pulau Tinggi Zakaria Mohamad : 019-7636880
Sedili Ariffin 07-8829942 Din : 019-7208401 Mohd : 013-7897478 Nizam : 019-7380603 Pak Ali : 013-7641987 Pak Aris : 019-6241457 Pakcik Embong : 07-8829686 Pian : 013-7068991
Sg Tiram/ Pengelih/ Kongkong
Hishamudin Norita : 013-7069436
KEDAH
Tuas Yan
Abg Cha : 0134266181
Halim Dulang : 019-5577406
Shidan : 019-4643351
Zol Ahmadi Ahmad @ Wan Dulang : 013-4664872
Kuala Muda
Ah Soon : 016-4560630
Ismail : 04-7521730
Pulau Bidan/ Bunting/ Songsong
Ahmad Luthuffi : 019-4707605
Syukur Abdullah : 013-5999916
Langkawi
Alu-Alu Sportfishing : 019-2186699 & 019-2425360
Bet : 017-4812958
Estuary and inshore fishing : 012-4570172 & 049666172
Lembah Belum Recreation Center : 012-4836903 & 011-458677
Lumut Ocean Star : 05-6835007 & 010-5101583
Pulau Jarak Emi : 012-5434706 Ah Heng : 012-5030789
Pulau Pangkor Sea View Resort : 05-6851605 & 011-511779
Pulau Sembilan Ah Kang - 05-6852813 (Bot kayu 8 org ) Azaril @ Along 017-5532811 & 019-2121272 Bang Man : 019-5157186 Mat Radhi : 019-4202008 (Bot fiber 3 org ) Bro Rosli : 019-2762528 & 016-9135339 (Bot fiber 5 org ) Mr Woo Boat Seagull : 019-2424026
Pak Osman : 012:5566915 ( Bot kayu 8 org) Pak Razak : 017-5492637 (Bot kayu 8 org ) Pak Usup Cekodok : 012-5625539 & 019-5063007
New Happy Star Fishing Charter - Ah Wong : 012-4570155
Sg Dulang udang galah Pak Atan : 019-5448746 Pak Basarudin : 05-6221402 Pak Yop : 05-6488801 & 019-4137425
Tasik Banding Jay :012-2241774 Nua: 017-5807490
Tasik Bersia Ali : 019-5481377
Izan 019-5277535
Temenggor Dam
Mohd Shah : 05-7914873
Steve Khong : 012-5228503 & 012-5249184
Yussof : 017-4665266
Written By Tegarfishing Club on Tuesday, November 2, 2010 | 03:23
Pada tarikh 8 october yang lalu, kami seramai 3 orang yang dikenali sebagai SURVEY TEAM telah terbang ke Bumi Kenyalang. 3 orang itu ialah OBD, momok & Salleh (aku). Tujuan kami kesana adalah untuk membuat servey sebelum persiapan untuk trip memancing club kami di Kuching.
Seawal 07:30 pagi lagi kami telah tiba di LCCT untuk check in pesawat yang akan berlepas pada pukul 09:45 pagi. Kami tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pada pukul 11:30 pagi. Sampai disana kami disambut oleh En. Sarip tuan empunya bot yang bakal kami sewa untuk trip pada bulan may 2011 nanti. Disana ketika itu cuaca kurang menceriakan. Ini kerana musim tengkujuh melanda negeri Sarawak ini.
Bot pilihan kami
Ruang tidur
Tandas & dapur memasak
Setelah itu kami dibawa oleh En. Sarip ke sebuah restauran nasi beriani kambing untuk mengisi perut yang mula meminta untuk diisi. Setelah perut kenyang, kami mula beredar dan menuju ke jeti bot En. Sarip di Semariang. Perjalanan dari Bandar Kuching ke Jeti Semariang ini mengambil masa 15 minit. Sampai di jeti, kebetulan bot yang ingin kami sewa ini baru sahaja pulang dari laut. Akibat musim tengkujuh & cuaca yang tidak menentu, hasil tangkapan amatlah kurang memuaskan. Boleh dikatakan hanya penat sahaja yang dapat.
Katil bertingkat
Momok (duduk) & OBD
Aku dihadapan bot
Kami meneliti keadaan sekeliling bot ini bagi memastikan kesempurnaan & keselesaan ahli kumpulan kami untuk trip akan datang ini. Dari segi keluasan & kesempurnaan, ia masih tidak memuaskan hati kami. Tapi setelah difikir2kan, pemancing2 tegar seperti kami ini, tidak mengambil kira itu semua. Tetapi kami lebih mementingkan hasil tangkapan yang akan kami bawa nanti. Itulah kepuasan yang sebenar2nya apabila memperolehi banyak hasil tangkapan.
Setelah puas meneliti, kami meninggalkan jeti tersebut dan menuju ke bandar kuching untuk mencari hotel penginapan kami.
Written By Tegarfishing Club on Saturday, June 5, 2010 | 23:38
SELAMA beberapa bulan Alang Darwes tidak berhasrat lagi untuk turun memancing terutama di sungai sama ada di lubuk mahu pun tebing sungai. Semua ini gara-gara sudah tiga kali beliau karam ketika memancing udang galah dan berdepan dengan sang bedal yang bermata merah tetapi tidak mengusiknya.
SELAMA beberapa bulan Alang Darwes tidak berhasrat lagi untuk turun memancing terutama di sungai sama ada di lubuk mahu pun tebing sungai. Semua ini gara-gara sudah tiga kali beliau karam ketika memancing udang galah dan berdepan dengan sang bedal yang bermata merah tetapi tidak mengusiknya.
Ketakutan itu masih dirasai dan terus menghantui. Perasaan itu lebih jauh mencengkam dalam dirinya apabila melihat air sungai serta ketenangan lubuk yang banyak dihuni oleh udang galah bersepit biru.
Walau pun Darwes adalah anak sulung kepada arwah Tok Itam yang juga pawang buaya namun ilmu itu tidak diwarisi oleh beliau atau sesiapa pun. Ini kerana Alang Darwes beranggapan beliau tidak mahu adanya permusuhan dan dendam antara sang bedal dengan manusia.
Pun begitu, antara reptilia ganas di sungai dengan manusia yang bernama Darwes terdapat batas sempadan yang tidak disedari oleh anak muda berkelulusan Diploma Asas Tani itu. Namun pengalaman tiga kali karam di sungai dan lebih-lebih lagi ketika bertentang mata dengan buaya masih meninggalkan kesan psikologi yang mendalam. Beliau tidak lagi berminat untuk turun memancing udang galah walau di mana-mana sungai mahu pun lubuk yang terdapat banyak udang.
Darwes masih bujang. Sesekali ketika pulang ke kampung, beliau dikerumuni oleh rakan. Ada yang mempelawa turun memancing udang. Tetapi Darwes menolak dengan pelbagai alasan. Pun begitu, satu trip memancing di laut dalam yang diatur oleh akan karibnya, Sulung Pandak - keturunan masyarakat Orang Asli. Sulung berpengalaman di laut kerana beliau berkawan rapat dengan anak nelayan sebelum bertemu dengan Darwes di kolej.
Trip memancing laut sudah diatur rapi oleh Sulung bersama lima orang rakan pancing lain yang sudah biasa di lokasi pilihannya kali ini.
Semua peralatan memancing laut termasuk joran pancing disediakan oleh Sulung untuk rakan kolejnya yang sudah lama tidak turun memancing di laut. Apa pun, dia tahu bahawa Darwes seorang pemancing yang penganyir.
Berbekal pengalaman dan ketabahan semangat, Darwes dan Sulung diajak berlumba mendapatkan ikan terbanyak dari spesies kerapu bara di lokasi karang semula jadi di perairan Pulau Nyireh dekat Dungun, Terengganu.
Hari pertama ekspedisi Darwes berjaya mendaratkan tiga ekor kerapu bara sederhana besar tetapi Sulung masih kosong. Menjelang tengah malam di lokasi yang sama, suasana menjadi gempar bila seekor buaya kuning besar timbul berlegar dalam kawasan tempat memancing dan beberapa minit kemudian buaya itu menghilang.
Tekong berpindah meninggalkan kawasan itu lalu mencari lubuk lain. Perjalanan satu jam ke lokasi kedua. Namun yang menghairankan bahawa bot masih berada dalam lokasi pertama. Darwes mengingati peristiwa tenggelam di sungai dan berdepan dengan buaya. Ketakutan menerpa semula dalam dirinya. Begitu juga dengan tekong, Sulung dan semua rakan pancing lain. Buaya kuning timbul semula di tepi bot. Saiz badannya hampir sama dengan bot.
Mereka masih belum dapat keluar dari kawasan itu walaupun sudah tiga jam bot bergerak tetapi berlegar dalam kawasan yang sama.
Menyedari bahawa mereka masih berada dalam kepungan misteri yang tentunya sukar untuk keluar maka Darwes terpaksa melakukan sesuatu. Selain memohon pertolongan Allah, anak muda berdarah Pawang Itam itu meludah tiga kali ke laut sebagai ikhtiar yang dia sendiri tidak tahu maknanya. Tetapi tidak lama selepas itu buaya kuning berkenaan melambung tinggi di permukaan air lalu tenggelam semula dan menghilang.
Sejurus selepas itu, keadaan laut kembali tenang. Mereka berada semula dalam kawasan labuhan pertama. Semua berpandangan. Tekong dan Sulung menepuk bahu Darwes sambil bersuara: “Mujur awak ada sama! Buaya itu tak pernah ada di laut sebelah sini,” kata tekong yang bertambah hairan sambil memandang jauh di daratan Pulau Nyireh.
Itulah misteri paling ditakuti oleh Darwes hingga di laut pun ada buaya mengejarnya. Tetapi benarkah buaya yang dilihat? Atau itu cuma satu misteri yang hingga hari ini menjadi tanda tanya Darwes. Selepas peristiwa itu, Darwes tidak lagi turun memancing hingga beliau meninggal dunia.