Latest Post

Showing posts with label Tawaran. Show all posts
Showing posts with label Tawaran. Show all posts

Maklumat trip memancing untuk trip tahun 2015

Written By Tegarfishing Club on Wednesday, May 21, 2014 | 13:05

Semenjak Tegarfishing Club (TFC) ini ditubuhkan, sudah tujuh kali kelab telah berjaya mengadakan trip memancing di Kepulauan Borneo. Ia termasuklah 5 kali (2008, 2009, 2010, 2012 & 2014) di Kota Kinabalu, Sabah serta 2 kali (2011 & 2013) di Samariang, Kuching, Sarawak.

Setiap tahun jumlah penyertaan semakin meningkat. Memandangkan kapasiti bot yang terhad, TFC terpaksa menolak beberapa penyertaan saat akhir peserta yang ingin menyertainya dan adakalanya ahli lama didalam kelab sendiri terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada muka-muka baru menyertai trip.

Diatas kesedaran ini, pihak TFC dengan berbesar hati buat julung kalinya akan menganjurkan 2 trip diwaktu yang hampir sama pada tahun 2015 akan datang. Disini peserta yang berminat bolehlah memilih untuk menyertai mana-mana trip mengikut budget, masa serta cabaran lautan dalam yang bakal ditempuhi. Tepuk dada tanyalah selera diri masing-masing. 

Ayuh sahabat-sahabat. Pilihan ditanganmu. Buatlah keputusan awal mulai sekarang bagi memastikan cita-cita dan impian anda tercapai. Kuota peserta berdasarkan kepada "SIAPA CEPAT DIA DAPAT". Oleh yang sedemikian, pengesahan awal amatlah dialu-alukan. Berikut adalah 2 trip memancing yang bakal menyusul pada tahun 2015 nanti. InsyaAllah.



Tema    :  " SEDEKAT MENJELAJAH BORNEO "
Tarikh   :  25hb April 2015 - 29hb April 2015
Lokasi   :  Karang 56, Sarawak Bumi Kenyalang.





Tema               :  " BIG GAME D' LAYANG-LAYANG "
Tarikh              :  23hb Mei 2015 - 28hb Mei 2015  
Lokasi              :  Terumbu Layang-Layang Labuan Sabah                                            
Kapal                :  Lucky Star
Pengikhtirafan  :  Peserta akan di beri sijil penyertaan daripada kelab .




NOTA : 

  • Segala maklumat lanjut dan pendaftaran bolehlah menghubungi presiden TFC, saudara Othman Dol ditalian 019-6633448 ataupun mana-mana pihak ahli TFC.
  • Sebarang perubahan pada tarikh trip yang telah dinyatakan diatas akan dimaklumkan dari masa ke semasa.




                               

SIAPA CEPAT DIA DAPAT....

Written By Tegarfishing Club on Saturday, October 19, 2013 | 00:15

Pihak pengurusanTegarfishing ingin memaklumkan kepada ahli-ahli atau yang bersetuju untuk menyertai BORNEO CHALLENGE 2014 membuat pengesahan setuju pergi dan mengisi borang penyertaan untuk di kemaskini maklumat diri untuk tindakan pihak TFC seterusnya.

BORNEO CHALLENGE 2014

Written By Tegarfishing Club on Monday, October 14, 2013 | 01:46

2014 Borneo Challenge...
03-05-2014-06-05-2014 
Menghidangkan cabaran dan kepuasan menduga lautan dalam..disamping mencari seorang JUARA..












 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TEGARFISHING CLUB - All Rights Reserved
Template Modify by Sale_ehs Gerrard
Proudly powered by Blogger