Latest Post

Showing posts with label 10. Trip Sarawak. Show all posts
Showing posts with label 10. Trip Sarawak. Show all posts

Maklumat trip memancing untuk trip tahun 2015

Written By Tegarfishing Club on Wednesday, May 21, 2014 | 13:05

Semenjak Tegarfishing Club (TFC) ini ditubuhkan, sudah tujuh kali kelab telah berjaya mengadakan trip memancing di Kepulauan Borneo. Ia termasuklah 5 kali (2008, 2009, 2010, 2012 & 2014) di Kota Kinabalu, Sabah serta 2 kali (2011 & 2013) di Samariang, Kuching, Sarawak.

Setiap tahun jumlah penyertaan semakin meningkat. Memandangkan kapasiti bot yang terhad, TFC terpaksa menolak beberapa penyertaan saat akhir peserta yang ingin menyertainya dan adakalanya ahli lama didalam kelab sendiri terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada muka-muka baru menyertai trip.

Diatas kesedaran ini, pihak TFC dengan berbesar hati buat julung kalinya akan menganjurkan 2 trip diwaktu yang hampir sama pada tahun 2015 akan datang. Disini peserta yang berminat bolehlah memilih untuk menyertai mana-mana trip mengikut budget, masa serta cabaran lautan dalam yang bakal ditempuhi. Tepuk dada tanyalah selera diri masing-masing. 

Ayuh sahabat-sahabat. Pilihan ditanganmu. Buatlah keputusan awal mulai sekarang bagi memastikan cita-cita dan impian anda tercapai. Kuota peserta berdasarkan kepada "SIAPA CEPAT DIA DAPAT". Oleh yang sedemikian, pengesahan awal amatlah dialu-alukan. Berikut adalah 2 trip memancing yang bakal menyusul pada tahun 2015 nanti. InsyaAllah.



Tema    :  " SEDEKAT MENJELAJAH BORNEO "
Tarikh   :  25hb April 2015 - 29hb April 2015
Lokasi   :  Karang 56, Sarawak Bumi Kenyalang.





Tema               :  " BIG GAME D' LAYANG-LAYANG "
Tarikh              :  23hb Mei 2015 - 28hb Mei 2015  
Lokasi              :  Terumbu Layang-Layang Labuan Sabah                                            
Kapal                :  Lucky Star
Pengikhtirafan  :  Peserta akan di beri sijil penyertaan daripada kelab .




NOTA : 

  • Segala maklumat lanjut dan pendaftaran bolehlah menghubungi presiden TFC, saudara Othman Dol ditalian 019-6633448 ataupun mana-mana pihak ahli TFC.
  • Sebarang perubahan pada tarikh trip yang telah dinyatakan diatas akan dimaklumkan dari masa ke semasa.




                               

CORAT CORET BUMI KENYALANG 2012

Written By Tegarfishing Club on Sunday, June 3, 2012 | 13:28


JETI SANTUBONG..... merupakan tempat SeaMaster iaitu kapal yang kami sewa berlabuh dan ia akan membawa kami  meradah Laut China Selatan untuk memenuhi impian semua kaki pancing yang telah lama bersedia untuk bertarung dengan penghuni dasar yang tidak diketahui ganasnya.


JURAGAN MUDA-Jiwa kami rasa terusik bila melihat usia semuda ini telah membanting tulang untuk bekerja, sepatutnya usia sebegini muda semestinya sedang mengulangkaji pelajaran dirumah.  Pun begitu kami mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada adik ini kerana sudi melayani kerenah dan membantu kami sebagi pemudah cara kepada kami selama 2hari 2malam di tengah samudra.


Kami baru saja selesai menikmati makan tengahari yang di masak oleh JURAGAN J ,sekarang kami dalam perjalanan menuju kelubuk kerapu dan merah dengan teknik pancingan secara berhanyut.




VP Ijam (Gambar Atas) dan acan dengan hasil pancingan ketika teknik berhanyut








Secretary Fadli berjaya mendaratkan ikan tenggiri dengan teknik Jingging sementara Pak Azmi dan Banker1 Saleem dengan pancingan masing-masiang ketika teknik berhanyut.

APA KATA MEREKA........

Pak Azmi-Orang yang paling vateran dalam trip kami.Saya sudah dua kali bersama TFC dan saya cukup puas hati,saya sebangai orang yang paling tua dalam trip ini cukup teruja dengan layanan dan perancangan TFC dalam penganjuran dan saya lihat TFC sangat mementingkan keselesaan dan kepusanan hati kepada pelangan-pelangannya.
Abu Samah bin Yunus-Pertama yang saya hendak katakan....jangan cicirkan nama saya untuk trip tahun hadapan.Telah tiga kali saya mengikuti trip memancing  ke Sarawak dengan penganjur yang berbeza bersama TFC sebanyak dua kali dan ianya sangat berbeza dengan penganjur-penganjur yang lain yang pernah saya ikuti samaada trip disebelah Semenanjung mahupun Borneo...kerana itulah saya terpanggil untuk mengisi borang keahlian untuk memastikan saya tidak keciciran dalam trip-trip yang akan datang disamping kelebihan yang ditawarkan.Kalau hendak tahu turut serta dengan trip TFC.
Norman Bin Nibon-Ini kali yang kedua saya bersama TFC ,secara jujur saya selesa mengikuti trip yang dianjurkan oleh TFC kerana harga pakejnya yang berpatutan setimpal dengan apa perkhidmatan yang diberi yang paling penting persefahaman semasa didalam kapal sifat inilah yang tidak ada kepada penganjur-penganjur lain yang pernah saya ikuti.
Tuan Hj Mat Hair dari Pulau Indah Klang (Pesara Anggota TUDM)-Ini adalah trip saya yang pertama dengan TFC,walaupun baru pertama kali saya sangat berpuas hati dengan penganjur kerana semua pemancing cukup bertoleransi dan berkerjasama tidak mementingkan diri sendiri dan yang paling menarik hati saya ialah sifat kekeluargaan mereka dan  sekiranya ada masa dan peluang saya akan mengikuti trip mereka lagi   dimasa-masa akan datang.

















TRIP PENUH CABARAN SARAWAK 2012

Written By Tegarfishing Club on Friday, June 1, 2012 | 22:33


19hb.Mei 2012-Kami berkumpul seawal jam 5 pagi bagi memenuhi impian setiap kaki pancing yang telah menunggu lama untuk menduga Laut China Selatan buat kali yang kedua.Walaupun trip kali ini menghidangkan cabaran yang paling getir dalam sejarah penglibatan kami dalam penganjurkan trip memancing keseluruh Negara,Sabah dan Sarawak.Kami tetap cekal untuk meneruskan program tahunan kelab kami.Bermula dengan masaalah kapal yang kami sewa hinggalah kelewatan jadual penerbangan kami yang dilewatkan selama 1 jam...Apa yang berlaku mengakibatkan jadual yang telah diatur juga terpaksa di pinda.Bermula dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh En.Muhammad Zurkashi,kami  seramai 12 orang pemancing memulakan perjalanan dengan rasa tidak sabar yang teramat sangat.
     

    Kami tiba di LCCT Sepang kira-kira jam 6.30 pagi dan terus memulakan daftar masuk bagasi...kami sedikit kecewa apabila di beritahu penerbangan kami yang dijadualkan jam 8.30 pagi telah di tunda kepada jam 9.45 pagi.Penantian yang cuma 75minit ini sudah cukup untuk membuatkan semua pemancing merasa resah dan gelisah.

                 
    Penerbangan yang cuma memakan masa 1jam 45 minit dirasakan terlalu lama,pun begitu kami tetap terhibur dengan gelagat rakan ahli yang memang terkenal latahnya telah diusik oleh teman-teman yang lain jelas terbanyang diwajah Secretary Fadli dan Banker Salim.
           

   Jam 11.30 pagi pesawat yang membawa kami telah selamat mendarat di LTAK dan ketibaan kami telah sambut oleh OC OBD yang satu hari lebih awal berada di Kuching. Memang telah menjadi tradisi kami,kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta yang mengikuti trip kami..terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami dan kita berjumpa lagi di trip-trip yang akan datang.











































Trip Samariang Sarawak - May 2011

Written By Tegarfishing Club on Tuesday, August 16, 2011 | 11:25

Setelah hampir 7 bulan memantau, akhirnya pada bulan May yang lalu trip ke Kuching Sarawak ini berjaya juga dilaksanakan. Walaupun terdapat banyak berlaku masalah dalaman, tetapi semua itu tidak mematahkan semangat2 ahli untuk berjuang di perairan Negeri Sarawak ini.

Trip selama 6 hari (4h3m dilaut & selebihnya di darat) sememangnya menjanjikan kepuasan kepada ahli sehingga ada yang merancang untuk kembali ke sini lagi pada tahun akan datang. Dari segi pendapat ahli2 pula, trip kali ini sememangnya membuahkan hasil tangkapan yang cukup banyak. Boleh dikatakan ia lebih banyak dari trip di Sabah sebelum ini.

Trip kali ini disertai seramai 16 orang ahli. Jumlah yang paling ramai dalam sejarah Tegarfishing Club membuat trip memancing. Walaupun Tegarfishing Club ini masih muda dan mentah, tetapi sokongan serta pertambahan ahli2 baru amatlah dibanggakan. Semoga trip selepas ini, akan bertambah lagi bilangan ahli yang bakal menyertai.


Team servey melawat Kuching Sarawak

Written By Tegarfishing Club on Tuesday, November 2, 2010 | 03:23

Pada tarikh 8 october yang lalu, kami seramai 3 orang yang dikenali sebagai SURVEY TEAM telah terbang ke Bumi Kenyalang. 3 orang itu ialah OBD, momok & Salleh (aku). Tujuan kami kesana adalah untuk membuat servey sebelum persiapan untuk trip memancing club kami di Kuching.

Seawal 07:30 pagi lagi kami telah tiba di LCCT untuk check in pesawat yang akan berlepas pada pukul 09:45 pagi. Kami tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pada pukul 11:30 pagi. Sampai disana kami disambut oleh En. Sarip tuan empunya bot yang bakal kami sewa untuk trip pada bulan may 2011 nanti. Disana ketika itu cuaca kurang menceriakan. Ini kerana musim tengkujuh melanda negeri Sarawak ini.

Bot pilihan kami
Ruang tidur
Tandas & dapur memasak
Setelah itu kami dibawa oleh En. Sarip ke sebuah restauran nasi beriani kambing untuk mengisi perut yang mula meminta untuk diisi. Setelah perut kenyang, kami mula beredar dan menuju ke jeti bot En. Sarip di Semariang. Perjalanan dari Bandar Kuching ke Jeti Semariang ini mengambil masa 15 minit. Sampai di jeti, kebetulan bot yang ingin kami sewa ini baru sahaja pulang dari laut. Akibat musim tengkujuh & cuaca yang tidak menentu, hasil tangkapan amatlah kurang memuaskan. Boleh dikatakan hanya penat sahaja yang dapat.

Katil bertingkat
Momok (duduk) & OBD
Aku dihadapan bot
Kami meneliti keadaan sekeliling bot ini bagi memastikan kesempurnaan & keselesaan ahli kumpulan kami untuk trip akan datang ini. Dari segi keluasan & kesempurnaan, ia masih tidak memuaskan hati kami. Tapi setelah difikir2kan, pemancing2 tegar seperti kami ini, tidak mengambil kira itu semua. Tetapi kami lebih mementingkan hasil tangkapan yang akan kami bawa nanti. Itulah kepuasan yang sebenar2nya apabila memperolehi banyak hasil tangkapan.

Setelah puas meneliti, kami meninggalkan jeti tersebut dan menuju ke bandar kuching untuk mencari hotel penginapan kami.

Untuk cerita lengkap kami diKuching Sila klik disini.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TEGARFISHING CLUB - All Rights Reserved
Template Modify by Sale_ehs Gerrard
Proudly powered by Blogger