Latest Post

Showing posts with label Hasil memancing. Show all posts
Showing posts with label Hasil memancing. Show all posts

CORAT CORET BC 2014 SABAH

Written By Tegarfishing Club on Monday, May 19, 2014 | 04:44

Lucky Star-Kapal Yang Digunakan Untuk Membawa Pemancing Namun Telah Mengalami Kebocoran Pada Paip Hydraulic Yang Mengakibatkan Sauh tidak dapat Tarik Secara Automatic Dan Terpaksa Berpatah Balik Setelah 6 Jam Berlabuh Di Lokasi

Tak Sempat Didaratkan Telah Dicukai Oleh Penghuni Dasar....GANAS!!!!!!

MARINA COURT...Apartment Yang Pihak TFC Sewa Untuk Pemancing-Pemancing

S/U Kelab Bersedia Untuk Dartar masuk Bagasi Di LTAKK

TFC VP-Senyum Dalam Tangis

Sebahagian Ikan Yang Berjaya Dipancing Dengan Menggunakan Teknik Jig Sebelum Kapal Mengalami Kerosakan Dan Cuaca Yang Kurang Baik.

Makan Malam Bersama Pemancing Yang Disediakan oleh Pihak TFC Di Anjung Samudra Kota Kinabalu

CORAT CORET BUMI KENYALANG 2012

Written By Tegarfishing Club on Sunday, June 3, 2012 | 13:28


JETI SANTUBONG..... merupakan tempat SeaMaster iaitu kapal yang kami sewa berlabuh dan ia akan membawa kami  meradah Laut China Selatan untuk memenuhi impian semua kaki pancing yang telah lama bersedia untuk bertarung dengan penghuni dasar yang tidak diketahui ganasnya.


JURAGAN MUDA-Jiwa kami rasa terusik bila melihat usia semuda ini telah membanting tulang untuk bekerja, sepatutnya usia sebegini muda semestinya sedang mengulangkaji pelajaran dirumah.  Pun begitu kami mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada adik ini kerana sudi melayani kerenah dan membantu kami sebagi pemudah cara kepada kami selama 2hari 2malam di tengah samudra.


Kami baru saja selesai menikmati makan tengahari yang di masak oleh JURAGAN J ,sekarang kami dalam perjalanan menuju kelubuk kerapu dan merah dengan teknik pancingan secara berhanyut.




VP Ijam (Gambar Atas) dan acan dengan hasil pancingan ketika teknik berhanyut








Secretary Fadli berjaya mendaratkan ikan tenggiri dengan teknik Jingging sementara Pak Azmi dan Banker1 Saleem dengan pancingan masing-masiang ketika teknik berhanyut.

Trip Samariang Sarawak - May 2011

Written By Tegarfishing Club on Tuesday, August 16, 2011 | 11:25

Setelah hampir 7 bulan memantau, akhirnya pada bulan May yang lalu trip ke Kuching Sarawak ini berjaya juga dilaksanakan. Walaupun terdapat banyak berlaku masalah dalaman, tetapi semua itu tidak mematahkan semangat2 ahli untuk berjuang di perairan Negeri Sarawak ini.

Trip selama 6 hari (4h3m dilaut & selebihnya di darat) sememangnya menjanjikan kepuasan kepada ahli sehingga ada yang merancang untuk kembali ke sini lagi pada tahun akan datang. Dari segi pendapat ahli2 pula, trip kali ini sememangnya membuahkan hasil tangkapan yang cukup banyak. Boleh dikatakan ia lebih banyak dari trip di Sabah sebelum ini.

Trip kali ini disertai seramai 16 orang ahli. Jumlah yang paling ramai dalam sejarah Tegarfishing Club membuat trip memancing. Walaupun Tegarfishing Club ini masih muda dan mentah, tetapi sokongan serta pertambahan ahli2 baru amatlah dibanggakan. Semoga trip selepas ini, akan bertambah lagi bilangan ahli yang bakal menyertai.


Hasil memancing sungguh lumayan.

Written By Tegarfishing Club on Saturday, June 5, 2010 | 23:29

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TEGARFISHING CLUB - All Rights Reserved
Template Modify by Sale_ehs Gerrard
Proudly powered by Blogger