Latest Post

BICARA PRESIDENT

Written By Tegarfishing Club on Sunday, June 2, 2013 | 22:09


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh,

Ahli-ahli dan rakan-rakan pemancing,


Ucapan ribuan terimakasih yang tidak terhingga  daripada pengurusan kelab kerana trip kali ini berjalan dengan lancar tanpa ada masaalah yang berbangkit.Saya dan rakan ahli juga hendak mengucapkan syabas dah tahniah serta terharu kepada salah seorang peserta kita yang pada peringkat awalnya mengalami sedikit masaalah dan akhirnya dapat diselesaikan dengan baik..Alhamdulillah syukur berkat doa teman-teman.

Sesungguhnya teman kita ini telah mengambil keputusan yang sangat kritikal untuk mengikuti trip kami kali ini dan dipihak TFC telah bersedia dengan apa kemungkinan yang akan berlaku di pihak beliau.

Seperti telah di tentukan dan kebetulan tiket penerbangan beliau ke Kota Kinabalu jam 9.00 pagi dan dapatlah beliau berfikir secara bijaksana bagi menentukan mahu mengikuti trip kali ini atau membatalkannya.

Dalam rempah ratus pengurusan trip kali ini sudah tentu ada cacat celanya dan saya selaku President  dan rakan ahli ingin memohon maaf sekiranya terdapat ketidak puasan dihati peserta andai trip kami tidak berbaloi beritahu kami supaya dapat diperbaiki dan sekiran sangat berbaloi khabarkan kepada teman-teman yang lain.

Alhamdullilah, sepanjang 4hari 3malam dilautan dengan perjalanan selama 12 jam untuk sampai ke lubok memancing tidak ada seorang pun pemancing  yang mengalami mabuk laut walaupun ada yang baru pertama kali meredah lautan dalam.Apa yang lebih penting bagi TFC suasana pemuafakatan dan setiakawan dalam mengharungi karenah dan ragam pemancing-pemancing semasa dilautan dan ternyata meraka dapat menyerap semua tekanan selama 4hari 3malam dilautan.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah bertungkus lumus untuk mennyediakan kos yang sangat munasabah dan memastikan pelangan mendapat kepuasan dengan apa yang pihak TFC sediakan.

Akhirnya,pihak TFC mengucapkan setinggi terima kasih dan berjumpa lagi di trip yang akan datang.

Jemputan Ke Mesyuarat Khas/Taklimat TFC

Written By Tegarfishing Club on Monday, May 13, 2013 | 13:07

 Assaalamualaikum,

Merujuk kepada ketetapan yang dibuat melalui talifon tempoh hari, dengan ini tuan-tuan yang menjadi  ahli kelab dan peserta SABAH BIG Game 2013 untuk hadir kemesyuarat,taklimat serta kerja pembungkusan peralatan akan diadakan pada ketetapan yang berikut;

Tarikh        :16/05/2013
Masa          :9.30 mlm
Tempat      :Bilik Gerakan Kelab. 

Sekian harap maklum

SUA Kelab
FBS

CORAT CORET BUMI KENYALANG 2012

Written By Tegarfishing Club on Sunday, June 3, 2012 | 13:28


JETI SANTUBONG..... merupakan tempat SeaMaster iaitu kapal yang kami sewa berlabuh dan ia akan membawa kami  meradah Laut China Selatan untuk memenuhi impian semua kaki pancing yang telah lama bersedia untuk bertarung dengan penghuni dasar yang tidak diketahui ganasnya.


JURAGAN MUDA-Jiwa kami rasa terusik bila melihat usia semuda ini telah membanting tulang untuk bekerja, sepatutnya usia sebegini muda semestinya sedang mengulangkaji pelajaran dirumah.  Pun begitu kami mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada adik ini kerana sudi melayani kerenah dan membantu kami sebagi pemudah cara kepada kami selama 2hari 2malam di tengah samudra.


Kami baru saja selesai menikmati makan tengahari yang di masak oleh JURAGAN J ,sekarang kami dalam perjalanan menuju kelubuk kerapu dan merah dengan teknik pancingan secara berhanyut.




VP Ijam (Gambar Atas) dan acan dengan hasil pancingan ketika teknik berhanyut








Secretary Fadli berjaya mendaratkan ikan tenggiri dengan teknik Jingging sementara Pak Azmi dan Banker1 Saleem dengan pancingan masing-masiang ketika teknik berhanyut.

APA KATA MEREKA........

Pak Azmi-Orang yang paling vateran dalam trip kami.Saya sudah dua kali bersama TFC dan saya cukup puas hati,saya sebangai orang yang paling tua dalam trip ini cukup teruja dengan layanan dan perancangan TFC dalam penganjuran dan saya lihat TFC sangat mementingkan keselesaan dan kepusanan hati kepada pelangan-pelangannya.
Abu Samah bin Yunus-Pertama yang saya hendak katakan....jangan cicirkan nama saya untuk trip tahun hadapan.Telah tiga kali saya mengikuti trip memancing  ke Sarawak dengan penganjur yang berbeza bersama TFC sebanyak dua kali dan ianya sangat berbeza dengan penganjur-penganjur yang lain yang pernah saya ikuti samaada trip disebelah Semenanjung mahupun Borneo...kerana itulah saya terpanggil untuk mengisi borang keahlian untuk memastikan saya tidak keciciran dalam trip-trip yang akan datang disamping kelebihan yang ditawarkan.Kalau hendak tahu turut serta dengan trip TFC.
Norman Bin Nibon-Ini kali yang kedua saya bersama TFC ,secara jujur saya selesa mengikuti trip yang dianjurkan oleh TFC kerana harga pakejnya yang berpatutan setimpal dengan apa perkhidmatan yang diberi yang paling penting persefahaman semasa didalam kapal sifat inilah yang tidak ada kepada penganjur-penganjur lain yang pernah saya ikuti.
Tuan Hj Mat Hair dari Pulau Indah Klang (Pesara Anggota TUDM)-Ini adalah trip saya yang pertama dengan TFC,walaupun baru pertama kali saya sangat berpuas hati dengan penganjur kerana semua pemancing cukup bertoleransi dan berkerjasama tidak mementingkan diri sendiri dan yang paling menarik hati saya ialah sifat kekeluargaan mereka dan  sekiranya ada masa dan peluang saya akan mengikuti trip mereka lagi   dimasa-masa akan datang.

















MESYUARAT CLUB

Written By Tegarfishing Club on Saturday, June 2, 2012 | 14:49

      2hb.Jun 2012-Menyuarat post-mortem dan menerima pengesahan keahlian baru telah diadakan pada 1hb.Jun 2012 ,antara perkara yang dibincang adalah berkaitan penambahbaikan penganjuran,dan cadangan trip yang akan datang,Bagi tahun hadapan ahli mesyurat telah bersetuju untuk membawa pemancing-pemancing tegar untuk meredah Laut China Selatan disebelah Sabah unutk kali yang ke empat.
Secretary Fadli sedang
  Mengemas kini data sebelum mesyuarat

Ahli TFC sedang mendengar
 laporan kewangan 


Pengerusi  dan seluruh warga Club mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu En.Abu Samah bin Yunus dengan No keahlian :14TFC5077-2012 dan En.Nassaruddin bin Manaf dengan No.keahlian :13TFC5039-2012 yang telah disahkan keahliannya dalam mensyaurat tersebut

TRIP PENUH CABARAN SARAWAK 2012

Written By Tegarfishing Club on Friday, June 1, 2012 | 22:33


19hb.Mei 2012-Kami berkumpul seawal jam 5 pagi bagi memenuhi impian setiap kaki pancing yang telah menunggu lama untuk menduga Laut China Selatan buat kali yang kedua.Walaupun trip kali ini menghidangkan cabaran yang paling getir dalam sejarah penglibatan kami dalam penganjurkan trip memancing keseluruh Negara,Sabah dan Sarawak.Kami tetap cekal untuk meneruskan program tahunan kelab kami.Bermula dengan masaalah kapal yang kami sewa hinggalah kelewatan jadual penerbangan kami yang dilewatkan selama 1 jam...Apa yang berlaku mengakibatkan jadual yang telah diatur juga terpaksa di pinda.Bermula dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh En.Muhammad Zurkashi,kami  seramai 12 orang pemancing memulakan perjalanan dengan rasa tidak sabar yang teramat sangat.
     

    Kami tiba di LCCT Sepang kira-kira jam 6.30 pagi dan terus memulakan daftar masuk bagasi...kami sedikit kecewa apabila di beritahu penerbangan kami yang dijadualkan jam 8.30 pagi telah di tunda kepada jam 9.45 pagi.Penantian yang cuma 75minit ini sudah cukup untuk membuatkan semua pemancing merasa resah dan gelisah.

                 
    Penerbangan yang cuma memakan masa 1jam 45 minit dirasakan terlalu lama,pun begitu kami tetap terhibur dengan gelagat rakan ahli yang memang terkenal latahnya telah diusik oleh teman-teman yang lain jelas terbanyang diwajah Secretary Fadli dan Banker Salim.
           

   Jam 11.30 pagi pesawat yang membawa kami telah selamat mendarat di LTAK dan ketibaan kami telah sambut oleh OC OBD yang satu hari lebih awal berada di Kuching. Memang telah menjadi tradisi kami,kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta yang mengikuti trip kami..terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami dan kita berjumpa lagi di trip-trip yang akan datang.











































SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN

Written By Tegarfishing Club on Sunday, May 27, 2012 | 12:53


                                                                                    ALFATIHAH.....
Pengerusi dan ahli-ahli mengucapkan takziah kepada En.Nasaruddin bin Manaf salah seorang ahli kelab kerana perginya orang yang tersayang menemuai penciptanya beberapa bulan yang lalu....seluruh ahli kelab turut bersedih diatas apa yang berlaku, apa pun kematian itu pasti.....SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN TELAH DISAMPAIKAN OLEH EN.MUHAMMAD ZURKASHI BIN HJ ABDULLAH ,SELAKU PEMEGANG AMANAH KEWANGAN KELAB.

Trip Samariang Sarawak - May 2011

Written By Tegarfishing Club on Tuesday, August 16, 2011 | 11:25

Setelah hampir 7 bulan memantau, akhirnya pada bulan May yang lalu trip ke Kuching Sarawak ini berjaya juga dilaksanakan. Walaupun terdapat banyak berlaku masalah dalaman, tetapi semua itu tidak mematahkan semangat2 ahli untuk berjuang di perairan Negeri Sarawak ini.

Trip selama 6 hari (4h3m dilaut & selebihnya di darat) sememangnya menjanjikan kepuasan kepada ahli sehingga ada yang merancang untuk kembali ke sini lagi pada tahun akan datang. Dari segi pendapat ahli2 pula, trip kali ini sememangnya membuahkan hasil tangkapan yang cukup banyak. Boleh dikatakan ia lebih banyak dari trip di Sabah sebelum ini.

Trip kali ini disertai seramai 16 orang ahli. Jumlah yang paling ramai dalam sejarah Tegarfishing Club membuat trip memancing. Walaupun Tegarfishing Club ini masih muda dan mentah, tetapi sokongan serta pertambahan ahli2 baru amatlah dibanggakan. Semoga trip selepas ini, akan bertambah lagi bilangan ahli yang bakal menyertai.


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TEGARFISHING CLUB - All Rights Reserved
Template Modify by Sale_ehs Gerrard
Proudly powered by Blogger