Latest Post

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN MERAIKAN AHLI YANG AKAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Written By Tegarfishing Club on Friday, August 8, 2014 | 19:16

 
TFC akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi kali yang kedua dan meraikan salah seorang ahli TFC yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini.Bagi menghargai ahli-ahli dan rakan-rakan yang pernah bersama mengikuti trip kami atau pun yang mengenali kami,kami jemput  tuan-tuan untuk hadir kemajlis tersebut pada ketetapan yang dinyatakan pada PROMO diatas.

SEKITAR PROGRAM SEMAGKUK GULAI ,SEBATANG LEMANG DAN SEJONJOT KETUPAT

Written By Tegarfishing Club on Monday, July 28, 2014 | 04:27


Pihak TFC mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli dan yang bukan ahli kerana telah bersama-sama bertungkus lumus menjayakan program ini sehingga jaya.TFC mengharapkan program ini menjadi pemangkin kepada ganerasi muda dan NGO yang lain untuk memastikan kelangsungan semangat kerjasama dan gotong royong terus segar.Walaupun TFC bukanlah sebuah kelab yang bersifat solidariti tetapi diatas semangat dan keinginan ahli-ahlinya ia mampu diadakan..

SALAM MINAL WALFAIZIN

Written By Tegarfishing Club on Sunday, July 27, 2014 | 10:40

TFC dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua rakan taulan dan pengikut-pengikut TFC blog, semoga lebaran kali ini membawa kita kepada fitrah yang sebenar,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

PROGRAM SEMANGKUK GULAI,SEBATANG LEMANG,SEJONJOT KETUPAT

Written By Tegarfishing Club on Wednesday, July 23, 2014 | 21:54

KELUARGA TFC DENGAN KERJASAMA SURAU AS-SOLEHAH Kg.Kurau Bandar akan mengadakan PROGRAM SEMANGKUK GULAI,SEBATANG LEMANAG DAN SEJONJOT KETUPAT sempena hari raya aidil fitri tahun ini,Ia bertujuan untuk merapatkan silaturahim  dan kerjasama dikalangan ahli-ahli dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat yang memerlukan.Program tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarilkh       :26hb Julai 2014
Tempat      :Perkarangan Pejabat TFC,No.3 Kedai PLB Jln Klinik,Kg.Bandar
42700 Banting Kuala Langat
Masa        :9.30 mlm

Written By Tegarfishing Club on Monday, June 23, 2014 | 19:45

ALFATIHAH....

Pihak TFC mengucapkan salam takziah kepada En.Abu Samah salah seorang ahli TFC di atas kembalinya Ayahanda mertua beliau ke Rahmatullah.
President Club menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada En.Abu Samah semasa mesyuarat kelab pada 22/5/2014 di pejabat operasi kelab.

BC 2014 Fishing Hero (Siri 1) - Sekalung tahniah diucapkan

Written By Tegarfishing Club on Friday, May 23, 2014 | 01:57



Pihak TFC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En.Yusri bin Nibon kerana telah dinobatkan sebagai Juara dalam BC 2014 FISHING HERO (Siri 1) Di Takad 34 Rubbin Bank Sabah.

Maklumat trip memancing untuk trip tahun 2015

Written By Tegarfishing Club on Wednesday, May 21, 2014 | 13:05

Semenjak Tegarfishing Club (TFC) ini ditubuhkan, sudah tujuh kali kelab telah berjaya mengadakan trip memancing di Kepulauan Borneo. Ia termasuklah 5 kali (2008, 2009, 2010, 2012 & 2014) di Kota Kinabalu, Sabah serta 2 kali (2011 & 2013) di Samariang, Kuching, Sarawak.

Setiap tahun jumlah penyertaan semakin meningkat. Memandangkan kapasiti bot yang terhad, TFC terpaksa menolak beberapa penyertaan saat akhir peserta yang ingin menyertainya dan adakalanya ahli lama didalam kelab sendiri terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada muka-muka baru menyertai trip.

Diatas kesedaran ini, pihak TFC dengan berbesar hati buat julung kalinya akan menganjurkan 2 trip diwaktu yang hampir sama pada tahun 2015 akan datang. Disini peserta yang berminat bolehlah memilih untuk menyertai mana-mana trip mengikut budget, masa serta cabaran lautan dalam yang bakal ditempuhi. Tepuk dada tanyalah selera diri masing-masing. 

Ayuh sahabat-sahabat. Pilihan ditanganmu. Buatlah keputusan awal mulai sekarang bagi memastikan cita-cita dan impian anda tercapai. Kuota peserta berdasarkan kepada "SIAPA CEPAT DIA DAPAT". Oleh yang sedemikian, pengesahan awal amatlah dialu-alukan. Berikut adalah 2 trip memancing yang bakal menyusul pada tahun 2015 nanti. InsyaAllah.



Tema    :  " SEDEKAT MENJELAJAH BORNEO "
Tarikh   :  25hb April 2015 - 29hb April 2015
Lokasi   :  Karang 56, Sarawak Bumi Kenyalang.





Tema               :  " BIG GAME D' LAYANG-LAYANG "
Tarikh              :  23hb Mei 2015 - 28hb Mei 2015  
Lokasi              :  Terumbu Layang-Layang Labuan Sabah                                            
Kapal                :  Lucky Star
Pengikhtirafan  :  Peserta akan di beri sijil penyertaan daripada kelab .




NOTA : 

  • Segala maklumat lanjut dan pendaftaran bolehlah menghubungi presiden TFC, saudara Othman Dol ditalian 019-6633448 ataupun mana-mana pihak ahli TFC.
  • Sebarang perubahan pada tarikh trip yang telah dinyatakan diatas akan dimaklumkan dari masa ke semasa.




                               

TEAM BORNEO CHALLANGE 2014 FISHING HERO


Inilah gambar-gambar peserta yang telah mengikuti trip Borneo Challange 2014 yang telah di anjurkan oleh Tegarfishing Club pada awal bulan May lalu. Tahniah dan terima kasih diucapkan diatas kerjasama semua peserta dalam menjayakan trip kali ini.


BERITA SEMASA

More on this category »

AKTIVITI

More on this category »

TIPS DAN PETUA

More on this category »
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TEGARFISHING CLUB - All Rights Reserved
Template Modify by Sale_ehs Gerrard
Proudly powered by Blogger