Team servey melawat Kuching Sarawak

Written By Tegarfishing Club on Tuesday, November 2, 2010 | 03:23

Pada tarikh 8 october yang lalu, kami seramai 3 orang yang dikenali sebagai SURVEY TEAM telah terbang ke Bumi Kenyalang. 3 orang itu ialah OBD, momok & Salleh (aku). Tujuan kami kesana adalah untuk membuat servey sebelum persiapan untuk trip memancing club kami di Kuching.

Seawal 07:30 pagi lagi kami telah tiba di LCCT untuk check in pesawat yang akan berlepas pada pukul 09:45 pagi. Kami tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pada pukul 11:30 pagi. Sampai disana kami disambut oleh En. Sarip tuan empunya bot yang bakal kami sewa untuk trip pada bulan may 2011 nanti. Disana ketika itu cuaca kurang menceriakan. Ini kerana musim tengkujuh melanda negeri Sarawak ini.

Bot pilihan kami
Ruang tidur
Tandas & dapur memasak
Setelah itu kami dibawa oleh En. Sarip ke sebuah restauran nasi beriani kambing untuk mengisi perut yang mula meminta untuk diisi. Setelah perut kenyang, kami mula beredar dan menuju ke jeti bot En. Sarip di Semariang. Perjalanan dari Bandar Kuching ke Jeti Semariang ini mengambil masa 15 minit. Sampai di jeti, kebetulan bot yang ingin kami sewa ini baru sahaja pulang dari laut. Akibat musim tengkujuh & cuaca yang tidak menentu, hasil tangkapan amatlah kurang memuaskan. Boleh dikatakan hanya penat sahaja yang dapat.

Katil bertingkat
Momok (duduk) & OBD
Aku dihadapan bot
Kami meneliti keadaan sekeliling bot ini bagi memastikan kesempurnaan & keselesaan ahli kumpulan kami untuk trip akan datang ini. Dari segi keluasan & kesempurnaan, ia masih tidak memuaskan hati kami. Tapi setelah difikir2kan, pemancing2 tegar seperti kami ini, tidak mengambil kira itu semua. Tetapi kami lebih mementingkan hasil tangkapan yang akan kami bawa nanti. Itulah kepuasan yang sebenar2nya apabila memperolehi banyak hasil tangkapan.

Setelah puas meneliti, kami meninggalkan jeti tersebut dan menuju ke bandar kuching untuk mencari hotel penginapan kami.

Untuk cerita lengkap kami diKuching Sila klik disini.

Buaya kuning muncul di tengah laut

Written By Tegarfishing Club on Saturday, June 5, 2010 | 23:38

SELAMA beberapa bulan Alang Darwes tidak berhasrat lagi untuk turun memancing terutama di sungai sama ada di lubuk mahu pun tebing sungai. Semua ini gara-gara sudah tiga kali beliau karam ketika memancing udang galah dan berdepan dengan sang bedal yang bermata merah tetapi tidak mengusiknya.
SELAMA beberapa bulan Alang Darwes tidak berhasrat lagi untuk turun memancing terutama di sungai sama ada di lubuk mahu pun tebing sungai. Semua ini gara-gara sudah tiga kali beliau karam ketika memancing udang galah dan berdepan dengan sang bedal yang bermata merah tetapi tidak mengusiknya.

Ketakutan itu masih dirasai dan terus menghantui. Perasaan itu lebih jauh mencengkam dalam dirinya apabila melihat air sungai serta ketenangan lubuk yang banyak dihuni oleh udang galah bersepit biru.

Walau pun Darwes adalah anak sulung kepada arwah Tok Itam yang juga pawang buaya namun ilmu itu tidak diwarisi oleh beliau atau sesiapa pun. Ini kerana Alang Darwes beranggapan beliau tidak mahu adanya permusuhan dan dendam antara sang bedal dengan manusia.

Pun begitu, antara reptilia ganas di sungai dengan manusia yang bernama Darwes terdapat batas sempadan yang tidak disedari oleh anak muda berkelulusan Diploma Asas Tani itu. Namun pengalaman tiga kali karam di sungai dan lebih-lebih lagi ketika bertentang mata dengan buaya masih meninggalkan kesan psikologi yang mendalam. Beliau tidak lagi berminat untuk turun memancing udang galah walau di mana-mana sungai mahu pun lubuk yang terdapat banyak udang.

Darwes masih bujang. Sesekali ketika pulang ke kampung, beliau dikerumuni oleh rakan. Ada yang mempelawa turun memancing udang. Tetapi Darwes menolak dengan pelbagai alasan. Pun begitu, satu trip memancing di laut dalam yang diatur oleh akan karibnya, Sulung Pandak - keturunan masyarakat Orang Asli. Sulung berpengalaman di laut kerana beliau berkawan rapat dengan anak nelayan sebelum bertemu dengan Darwes di kolej.

Trip memancing laut sudah diatur rapi oleh Sulung bersama lima orang rakan pancing lain yang sudah biasa di lokasi pilihannya kali ini.

Semua peralatan memancing laut termasuk joran pancing disediakan oleh Sulung untuk rakan kolejnya yang sudah lama tidak turun memancing di laut. Apa pun, dia tahu bahawa Darwes seorang pemancing yang penganyir.

Berbekal pengalaman dan ketabahan semangat, Darwes dan Sulung diajak berlumba mendapatkan ikan terbanyak dari spesies kerapu bara di lokasi karang semula jadi di perairan Pulau Nyireh dekat Dungun, Terengganu.

Hari pertama ekspedisi Darwes berjaya mendaratkan tiga ekor kerapu bara sederhana besar tetapi Sulung masih kosong. Menjelang tengah malam di lokasi yang sama, suasana menjadi gempar bila seekor buaya kuning besar timbul berlegar dalam kawasan tempat memancing dan beberapa minit kemudian buaya itu menghilang.

Tekong berpindah meninggalkan kawasan itu lalu mencari lubuk lain. Perjalanan satu jam ke lokasi kedua. Namun yang menghairankan bahawa bot masih berada dalam lokasi pertama. Darwes mengingati peristiwa tenggelam di sungai dan berdepan dengan buaya. Ketakutan menerpa semula dalam dirinya. Begitu juga dengan tekong, Sulung dan semua rakan pancing lain. Buaya kuning timbul semula di tepi bot. Saiz badannya hampir sama dengan bot.
Mereka masih belum dapat keluar dari kawasan itu walaupun sudah tiga jam bot bergerak tetapi berlegar dalam kawasan yang sama.

Menyedari bahawa mereka masih berada dalam kepungan misteri yang tentunya sukar untuk keluar maka Darwes terpaksa melakukan sesuatu. Selain memohon pertolongan Allah, anak muda berdarah Pawang Itam itu meludah tiga kali ke laut sebagai ikhtiar yang dia sendiri tidak tahu maknanya. Tetapi tidak lama selepas itu buaya kuning berkenaan melambung tinggi di permukaan air lalu tenggelam semula dan menghilang.

Sejurus selepas itu, keadaan laut kembali tenang. Mereka berada semula dalam kawasan labuhan pertama. Semua berpandangan. Tekong dan Sulung menepuk bahu Darwes sambil bersuara: “Mujur awak ada sama! Buaya itu tak pernah ada di laut sebelah sini,” kata tekong yang bertambah hairan sambil memandang jauh di daratan Pulau Nyireh.

Itulah misteri paling ditakuti oleh Darwes hingga di laut pun ada buaya mengejarnya. Tetapi benarkah buaya yang dilihat? Atau itu cuma satu misteri yang hingga hari ini menjadi tanda tanya Darwes. Selepas peristiwa itu, Darwes tidak lagi turun memancing hingga beliau meninggal dunia.


Perempuan tua beri ramuan khasiat haruan

APA yang tidak kena pada jorannya. Tiga petang berturut-turut memancing, haruan juga yang dibawa pulang. Hendak dibuang rasa bersalah...
APA yang tidak kena pada jorannya. Tiga petang berturut-turut memancing, haruan juga yang dibawa pulang. Hendak dibuang rasa bersalah. Itu rezeki Allah. Kalau diikutkan hati, berkecai joran dibuatnya.

Petang itu, Pak Teh Hud (bukan nama sebenar) pulang dengan kehampaan. Basikal tua jenama Hercules yang ditunggangnya juga macam menumpang kecewa. Kayuhan beliau tak begitu lancar. Jalan pulang yang dilalui tidaklah berbukit sangat.

Sambil berkayuh, tujuh ekor haruan sebesar lengan budak diisi dalam bakul raga rotan yang disangkut pada lampu basikal. Beliau merenungnya. Jika dicampur dengan yang diperoleh dua hari lalu, sudah 21 ekor semuanya.

Pak Teh Hud macam mengidam pula. Sebab itulah beliau agak kecewa dengan hasil tangkapan yang menongkah seleranya. Yang beliau teringin sangat ialah ikan kelah. Meskipun ada orang bercerita ikan kelah di Empangan Jaleh ‘jual mahal’, Pak Teh Hud tidak percaya kerana dua tiga hari lalu, tauke kilang papan, Boon Theong memperoleh empat ekor.

“Haruan lagi! Anak-anak kita bukan saja tak mahu makan malah geli melihat ikan ini. Simpan sajalah bang. Nak dijual pun tak berharga,” kata Cik Leha, isteri Pak Teh segera mengambil haruan dalam bakul raga itu lalu dimasukkan ke dalam tong dram berisi air.

“Ada lauk nak makan malam ini?,” tanya Pak Teh.

“Untuk malam ini, gulai lemak durian muda kegemaran abang tu masih ada lagi. Budak-budak tak kisah. Telur goreng pun boleh,” balas Cik Leha.

Ketika Pak Teh Hud menenggek pada tangga depan rumahnya, teringat beliau kepada isteri jirannya yang sarat mengandung anak ketujuh. Kasihan juga beliau mengenangkan nasib jirannya itu.

Suaminya, Kudin yang kudung kaki kanan tidak boleh melakukan kerja berat. Nasib baiklah ada Boon Theong, diberinya peluang berkerja di kilang sebagai pembantu kerani.

Seingat Pak Teh, isteri Kudin nyaris menjalani pembedahan ketika hendak bersalin anak ketiga tetapi dengan ikhtiar seorang bomoh tradisional kampung terbabit, bayi yang sepatutnya dilahirkan dengan cara pembedahan, dapat dielakkan.
Pak Teh Hud sebenarnya tidaklah tua sangat. Usianya baru penghujung 30-an tetapi kerana berasal dari tanah seberang Selat Melaka, penduduk kampung itu lebih senang memanggilnya dengan gelaran Pak.

Keesokan harinya, Pak Teh Hud mengajak anak saudara lelakinya berusia tujuh tahun menemaninya memancing di empangan berkenaan. Kali ini, anak katak dijadikan penjinak kelah yang tetap diburunya. Sambil mengayuh basikal, beliau menaruh harapan setidak-tidaknya dapat seekor kelah pun memadai. Lepas kempunan.

“Kira-kira setengah jam joran pak cik dilabuhkan, terasa bebanan agak berat menyentak kail. Kail batang buluh yang jarang mengecewakan pak cik itu dipegang sebaik mungkin.

“Akhirnya, seekor kelah sebesar betis dinaikkan. Sebelum pulang, kami berjaya menjinakkan seekor lagi kelah kira-kira empat kilogram. Rezeki kami dua beranak,” katanya.

Pak Teh yang kini berusia dalam lingkungan 70-an menetap di Merbok, Kedah.

Katanya, sebaik beliau dan anak saudaranya tiba di rumah kira-kira jam 7 malam, isterinya memberi tahu yang isteri Kudin dihantar ke hospital kerana hendak bersalin. Yang tak sedap didengar, isteri jirannya itu terpaksa dibedah kerana menghadapi masalah sukar melahirkan anak.

Ketika menziarahi isteri jirannya itu di hospital, seorang wanita tua bongkok menghampirinya. Rasa-rasa Pak Teh pernah lihat perempuan itu tetapi tidak ingat di mana dan bila.

Dengan perwatakan agak peramah, wanita tua itu memberi tahu Pak Teh yang ikan haruan adalah penawar paling mujarab menyembuh luka bagi wanita yang melahirkan anak dengan cara pembedahan.

“Perempuan tua itu memberitahu, masakan yang sesuai untuk dijadikan ubat ialah dibakar atau dibuat sup.

“Tak tahu kenapa, pakcik macam termanggu hendak cari di mana ikan itu. Ikan jenis itu bukan ada dijual di pasar. Pada masa itu ikan haruan tiada harga, bukan macam sekarang,” cerita Pak Teh.

Menurut Pak Teh, apabila pulang di rumah, baru beliau teringat ikan haruan yang dipancing. Beliau segera menyuruh isterinya menghantar semua ikan itu ke rumah Kudin yang jaraknya kira-kira 100 meter.

Rupa-rupanya ada ‘petunjuk’ di sebalik pengalamannya memperoleh haruan tiga petang berturut-turut itu. Beliau juga baru teringat perempuan tua yang ditemui di hospital itu pernah diceritakan kaki pancing yang sering terserempak di kawasan empangan itu.

Kebiasaannya, orang yang memancing di situ sering ternampak kelibat perempuan tua itu ketika hampir waktu Maghrib. Disebabkan lali dengan kehadirannya di situ, kaki pancing tidak ada rasa takut.

Antara petanda yang beliau hendak ‘memberi’ ikan ialah pemancing akan terhidu bau masakan kari. Cuma seperkara mesti diingat, jangan cuma melakukan sesuatu yang tidak senonoh kerana kelak akan ditimpa musibah.

Yang menggembirakan Pak Teh ialah isteri Kudin yang melahirkan anak ketujuh itu sembuh daripada luka pembedahan dalam tempuh tiga minggu. Sejak itu, apabila memperoleh haruan sama ada dipancing atau dijala, Pak Teh akan melepaskannya di dalam kolam belakang rumahnya.

Pak Teh yang pernah menetap di sebuah kampung di Kuala Lipis pada tahun 60-an mengakui Empangan Jaleh menyimpan pelbagai kisah aneh dan pelik. Pada masa dulu, kawasan terbabit banyak mengandungi emas tetapi jangan cuba berbuat tidak senonoh pasti akan menerima padah.

Pernah beberapa lelaki menceroboh kawasan itu untuk menggali bijih emas tetapi seminggu selepas itu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana demam panas melampau. Namun, demam dialami lelaki itu kebah sepenuhnya apabila dirawat secara tradisional.

“Itu kisah pada masa pakcik pernah tinggal di Kuala Lipis. Tetapi sekarang kawasan itu mungkin sudah membangun. Dengar cerita ada syarikat besar mengusahakan projek cari gali emas di kawasan berkenaan,” cerita Pak Teh Hud mengakhiri perbualan.

Hujan panas bawa petanda buruk

ANAK muda ini kelahiran Tanjung Tualang, Perak, tetapi dibesarkan dalam kumpulan rakan muda darah petani di Sabak Bernam...
ANAK muda ini kelahiran Tanjung Tualang, Perak, tetapi dibesarkan dalam kumpulan rakan muda darah petani di Sabak Bernam. Beliau kuat kepada pegangan agama hingga dapat gelaran Ustaz Durani tetapi itu tidak menjadi hal pada anak muda yang peramah dan suka berjenaka itu.

Durani tidak minat memancing sama ada memancing di laut mahu pun sungai. Beliau tidak seperti rakannya yang lain yang sudah menganggap joran pancing adalah rakan kedua mereka.

Hari itu hari minggu. Darus, Ramli dan Roslan mengajak Durani pergi ke hulu Sungai Bernam untuk berjumpa rakan lama yang masih menetap sebagai pemancing udang galah. Durani bagaikan terpanggil untuk ke hulu Sungai Bernam, walau pun rakan di sana belum dikenalinya.

Menaiki tiga buah motosikal mereka menuju ke lokasi, cerita Darus yang turut sama dalam kumpulan itu. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam itu mereka merempuh hujan panas dan petanda ini kurang menyenangkan hati Durani.

Mereka singgah di sebuah warung apabila hujan semakin lebat. Di warung itu mereka memesan minuman panas dan nasi lemak. Perempuan tua yang menguruskan warung berkenaan tertarik dengan tingkah laku Durani yang sentiasa menghormati orang tua berbanding dengan rakannya yang lain.

“Anak ni nak ke mana,” tanya orang tua itu kepada Durani.

Ramli menjawab pantas. “Kami nak ke hulu Sungai Bernam. Nak jumpa kawan. Kenapa mak cik?” tanya Ramli bagaikan ingin tahu. Tetapi orang tua itu tidak minat dengan pertanyaan Ramli malah dia terus bertanya Durani.

“Anak ni yang makcik tanya, sebab ada istimewa padanya,” kata pengusaha warung berkenaan.

“Wow!” jerit Ramli menepuk bahu Durani yang masih mendiamkan diri.

“Engkau bertuah Durani. Ke mana saja engkau pergi sentiasa diminati orang. Sampaikan kat sini pun engkau jadi juara,” semua senyum memandang Durani dan sesekali mengerling makcik yang menggelengkan kepala.
Sambil memberi nasihat, perempuan tua itu cuba menghalang kumpulan berkenaan daripada meneruskan perjalanan ke hulu Sungai Bernam jika berlaku hujan panas kerana hujan itu petanda kurang baik.

Durani sedikit sebanyak termakan nasihat makcik itu, kerana beliau sering mengamalkan petua sebagai ikhtiar berjaga-jaga terutama ketika memulakan perjalanan.

Rakan lain berkeras untuk meneruskan perjalanan. Lalu, Durani terpaksa mengikut saja. Hujan panas masih terus turun dan keadaan jalan yang berlumpur sudah mula licin lagi berbahaya.

Durani bercadang untuk berpatah balik saja dan berehat di warung makcik, tetapi rakannya tidak setuju. Mereka meneruskan perjalanan. Durani yang menunggang motosikal seorang diri tiba-tiba enjinnya mati. Sejurus kemudian muncul makcik pengusaha warung bersama seorang lelaki tua (mungkin suaminya) memandu kereta lama datang memberitahu rakan Durani yang mereka sudah salah memilih jalan. Mereka terbabas dalam gaung, cerita Darus lagi. Mereka kemudian diselamatkan oleh kedua-dua orang tua yang memiliki kekuatan sungguh luar biasa dan ganjil.

“Kami terus dibawa ke warung. Tetapi dalam sekelip mata Darus yang sedang merawat rakannya yang lain tiba-tiba mereka merasakan sedang berada di kawasan bawah pokok rendang.

“Mana orang tua yang tolong kita tadi? Bukan tadi mereka hantar kita kat warungnya? Mana warung tu?” Mereka hairan dan berpandangan sesama sendiri.

Durani yang turut menemui rakannya terus berusaha mendapatkan bantuan, sambil itu hujan panas masih turun.

Bagi Durani, dia tidak tahu mengenai warung, perempuan tuan itu mahu pun mengenai dua orang tua yang menyelamatkan rakannya. Tetapi, apa yang dia tahu rakannya tersesat jalan lalu ke dalam gaung kecil dan dia terselamat lalu membantu rakan-rakannya.

Darus sendiri menganggap itu satu misteri yang benar-benar berlaku. Dia sendiri merasakan peristiwa itu wujud tetapi ke mana hilang punca.

“Itulah misteri namanya,” kata Durani sambil melafazkan syukur Alhamdulillah.

Hasil memancing sungguh lumayan.

Pakej memancing - Perairan lautan Sabah

Written By Tegarfishing Club on Monday, May 31, 2010 | 13:45

Kami menawarkan pakej memancing secara berkumpulan yang akan memberi kepuasan kepada anda. Seperti yang kita ketahui, perairan Sabah sememangnya kaya dengan hasil lautannya. Dari batu karangnya hinggalah hasil tangkapan. Bagi mereka yang inginkan cabaran dengan spesis-spesis ikan yang ganas disini, ia tidak akan menghampakan anda kerana kepuasan pasti anda akan rasai dan banyak terdapat spesis ikan yang tiada di perairan semenanjung.

SILA lihat aktiviti & hasil tangkapan disini : http://tegarfishing.blogspot.com/search/label/06.%20Trip%20sabah

Destinasi 

Pulau Mengalum

Pulau Mantanani



Pulau Layang-Layang

Takat 360
Takat Jepun

Bot yang selesa

Pakej : Meliputi tiket penerbangan( tidak termasuk luggage & bazooka), Bot, penginapan, makanan, umpan
Ahli Kumpulan : minimum 8 orang - maxsimum 15 orang
Tempoh Pakej : 3 hari 2 malam @ mengikut permintaan ahli.
Anggaran Bayaran : RM850 - RM1000 seorang (bergantung berapa ramai ahli)
Maklumat Lanjut sila hubungi -
En. Othman
email : tegarfishing@gmail.com

Kedamaian Negeri Dibawah Bayu - Sabah

Written By Tegarfishing Club on Saturday, March 27, 2010 | 02:17

LOKASI : Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau Sabah
Tarikh : 05-11 Mac 2010
Aktiviti : Melancong selepas aktiviti memancing laut dalam























Sabah.. Kami kembali lagi..

Written By Tegarfishing Club on Monday, March 22, 2010 | 20:36

BURUAN KAMI - PULAU MENGALUM & TAKAT 360, SABAH

Tarikh trip : 7-9 Mac 2010
Ahli :-
  1. Osman
  2. Ijam
  3. Saleem
  4. Mardeen
  5. Jemi
  6. Uda
  7. Dol
  8. Ambiah
  9. Yon
  10. Latok
  11. Zambri
  12. Pak Chau
  13. Badak
  14. Awie

Persediaan memulakan perjalanan

Macam nak Pegi Melancong jer..

Bot yang akan membawa kami ke destinasi


Aksi-aksi santai di perjalanan






Aksi-aksi Memancing










Hasil tangkapan





















 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TEGARFISHING CLUB - All Rights Reserved
Template Modify by Sale_ehs Gerrard
Proudly powered by Blogger