RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN MERAIKAN AHLI YANG AKAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Written By Tegarfishing Club on Friday, August 8, 2014 | 19:16

 
TFC akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi kali yang kedua dan meraikan salah seorang ahli TFC yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini.Bagi menghargai ahli-ahli dan rakan-rakan yang pernah bersama mengikuti trip kami atau pun yang mengenali kami,kami jemput  tuan-tuan untuk hadir kemajlis tersebut pada ketetapan yang dinyatakan pada PROMO diatas.

SEKITAR PROGRAM SEMAGKUK GULAI ,SEBATANG LEMANG DAN SEJONJOT KETUPAT

Written By Tegarfishing Club on Monday, July 28, 2014 | 04:27


Pihak TFC mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli dan yang bukan ahli kerana telah bersama-sama bertungkus lumus menjayakan program ini sehingga jaya.TFC mengharapkan program ini menjadi pemangkin kepada ganerasi muda dan NGO yang lain untuk memastikan kelangsungan semangat kerjasama dan gotong royong terus segar.Walaupun TFC bukanlah sebuah kelab yang bersifat solidariti tetapi diatas semangat dan keinginan ahli-ahlinya ia mampu diadakan..

SALAM MINAL WALFAIZIN

Written By Tegarfishing Club on Sunday, July 27, 2014 | 10:40

TFC dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua rakan taulan dan pengikut-pengikut TFC blog, semoga lebaran kali ini membawa kita kepada fitrah yang sebenar,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

PROGRAM SEMANGKUK GULAI,SEBATANG LEMANG,SEJONJOT KETUPAT

Written By Tegarfishing Club on Wednesday, July 23, 2014 | 21:54

KELUARGA TFC DENGAN KERJASAMA SURAU AS-SOLEHAH Kg.Kurau Bandar akan mengadakan PROGRAM SEMANGKUK GULAI,SEBATANG LEMANAG DAN SEJONJOT KETUPAT sempena hari raya aidil fitri tahun ini,Ia bertujuan untuk merapatkan silaturahim  dan kerjasama dikalangan ahli-ahli dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat yang memerlukan.Program tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarilkh       :26hb Julai 2014
Tempat      :Perkarangan Pejabat TFC,No.3 Kedai PLB Jln Klinik,Kg.Bandar
42700 Banting Kuala Langat
Masa        :9.30 mlm

Written By Tegarfishing Club on Monday, June 23, 2014 | 19:45

ALFATIHAH....

Pihak TFC mengucapkan salam takziah kepada En.Abu Samah salah seorang ahli TFC di atas kembalinya Ayahanda mertua beliau ke Rahmatullah.
President Club menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada En.Abu Samah semasa mesyuarat kelab pada 22/5/2014 di pejabat operasi kelab.

BC 2014 Fishing Hero (Siri 1) - Sekalung tahniah diucapkan

Written By Tegarfishing Club on Friday, May 23, 2014 | 01:57



Pihak TFC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En.Yusri bin Nibon kerana telah dinobatkan sebagai Juara dalam BC 2014 FISHING HERO (Siri 1) Di Takad 34 Rubbin Bank Sabah.

Maklumat trip memancing untuk trip tahun 2015

Written By Tegarfishing Club on Wednesday, May 21, 2014 | 13:05

Semenjak Tegarfishing Club (TFC) ini ditubuhkan, sudah tujuh kali kelab telah berjaya mengadakan trip memancing di Kepulauan Borneo. Ia termasuklah 5 kali (2008, 2009, 2010, 2012 & 2014) di Kota Kinabalu, Sabah serta 2 kali (2011 & 2013) di Samariang, Kuching, Sarawak.

Setiap tahun jumlah penyertaan semakin meningkat. Memandangkan kapasiti bot yang terhad, TFC terpaksa menolak beberapa penyertaan saat akhir peserta yang ingin menyertainya dan adakalanya ahli lama didalam kelab sendiri terpaksa mengalah untuk memberi laluan kepada muka-muka baru menyertai trip.

Diatas kesedaran ini, pihak TFC dengan berbesar hati buat julung kalinya akan menganjurkan 2 trip diwaktu yang hampir sama pada tahun 2015 akan datang. Disini peserta yang berminat bolehlah memilih untuk menyertai mana-mana trip mengikut budget, masa serta cabaran lautan dalam yang bakal ditempuhi. Tepuk dada tanyalah selera diri masing-masing. 

Ayuh sahabat-sahabat. Pilihan ditanganmu. Buatlah keputusan awal mulai sekarang bagi memastikan cita-cita dan impian anda tercapai. Kuota peserta berdasarkan kepada "SIAPA CEPAT DIA DAPAT". Oleh yang sedemikian, pengesahan awal amatlah dialu-alukan. Berikut adalah 2 trip memancing yang bakal menyusul pada tahun 2015 nanti. InsyaAllah.



Tema    :  " SEDEKAT MENJELAJAH BORNEO "
Tarikh   :  25hb April 2015 - 29hb April 2015
Lokasi   :  Karang 56, Sarawak Bumi Kenyalang.





Tema               :  " BIG GAME D' LAYANG-LAYANG "
Tarikh              :  23hb Mei 2015 - 28hb Mei 2015  
Lokasi              :  Terumbu Layang-Layang Labuan Sabah                                            
Kapal                :  Lucky Star
Pengikhtirafan  :  Peserta akan di beri sijil penyertaan daripada kelab .




NOTA : 

  • Segala maklumat lanjut dan pendaftaran bolehlah menghubungi presiden TFC, saudara Othman Dol ditalian 019-6633448 ataupun mana-mana pihak ahli TFC.
  • Sebarang perubahan pada tarikh trip yang telah dinyatakan diatas akan dimaklumkan dari masa ke semasa.




                               

TEAM BORNEO CHALLANGE 2014 FISHING HERO


Inilah gambar-gambar peserta yang telah mengikuti trip Borneo Challange 2014 yang telah di anjurkan oleh Tegarfishing Club pada awal bulan May lalu. Tahniah dan terima kasih diucapkan diatas kerjasama semua peserta dalam menjayakan trip kali ini.


BICARA PRESIDEN PASCA BORNEO CHALLENGE 2014

Written By Tegarfishing Club on Monday, May 19, 2014 | 04:53

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setahun menanti tanggal 03/05/2014 akhirnya tiba. Para ahli-ahli dan peserta BC2014 Takad 34 Rubbin Bank Sabah yang budimanSesungguhnya cabaran pada tahun ini sangat menguji ketabahan para pemancing dan semua yang terlibat dalam trip kali ini . 

Terlebih dahulu pihak TFC memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku semasa trip ini berjalan. Menjangkau usia 7 tahun TFC sebagai penganjur, sudah tentu banyak yang  akan dinilai dari sudut penambahbaikan perkhidmatan, dan ianya pasti menjadi keutamaan pihak pengurusan TFC untuk menjadi penganjur yang terbaik.Tanpa diduga sedikit kecacatan teknikal berlaku yang mengakibatkan keselurahan trip kali ini melalui suasana muram.

Para peserta seramai 12 orang pemancing tegar yang diketuai oleh En.Mohd Fadli (Sebagai Pemudah Cara yang juga setiausaha kelab)bergerak daripada pejabat operasi TFC seawal jam 5.00pagi menuju ke KLIA dengan penerbangan MAS MH 2604 berlepas jam 7.30pagi.Berbekalkan pengalaman yang telah di perolehi selama ini, urusan daftar masuk bagasi dan birokrasi yang telah ditetapkan oleh pehak penerbangan dapat diselesaikan dengan baik dan teratur. Tahniah kepada En.Mohd Fadli, kerana berjaya melakukan tugasan dengan baik.

Walaupun tidak sesukar mana, tetapi menguruskan 12 orang peserta,sudah tentu menghadirkan berbagai-bagai ragam, tetapi ia dapat di urus hasil daripada kerjasama yang baik daripada semua yang terlibat... Tahniah Semuanya dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami dan berjumpa lagi ditahun hadapan, dilain destinasi yang lebih mencabar iaitu Pulau Layang-layang Sabah dan Samariang Sarawak pada tahun 2015 akan datang.


DOA SELAMAT DAN PENYAMPAIAN HADIAH BORNEO CHALLENGE 2014 FISHING HERO

En.Muhammad Zurkashi bin Hj Abdullah Yang Juga Bendahari Kelab Telah Memimpin Bacaan Doa Selamat Pada Malam Tersebut.

President Kelab En.Othman Bin Dol Telah Menyampaikan Sijil Penghargaan Dan Hadiah Kemenangan "BORNEO CHALLENGE 2014 FISHING HERO' kepada En.Yusri bin Nibon Di Perkarangan Pejabat Operasi Kelab.

CORAT CORET BC 2014 SABAH

Lucky Star-Kapal Yang Digunakan Untuk Membawa Pemancing Namun Telah Mengalami Kebocoran Pada Paip Hydraulic Yang Mengakibatkan Sauh tidak dapat Tarik Secara Automatic Dan Terpaksa Berpatah Balik Setelah 6 Jam Berlabuh Di Lokasi

Tak Sempat Didaratkan Telah Dicukai Oleh Penghuni Dasar....GANAS!!!!!!

MARINA COURT...Apartment Yang Pihak TFC Sewa Untuk Pemancing-Pemancing

S/U Kelab Bersedia Untuk Dartar masuk Bagasi Di LTAKK

TFC VP-Senyum Dalam Tangis

Sebahagian Ikan Yang Berjaya Dipancing Dengan Menggunakan Teknik Jig Sebelum Kapal Mengalami Kerosakan Dan Cuaca Yang Kurang Baik.

Makan Malam Bersama Pemancing Yang Disediakan oleh Pihak TFC Di Anjung Samudra Kota Kinabalu

MAJLIS TAKLIMAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN


25hb April 2014.

Para peserta BORNEO CHALLENGE 2014 tekun mendengar taklimat akhir sebelum berangkat ke Kota Kinabalu pada 3hb.Mei 2014.



Dalam majlis tersebut juga pihak kelab telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris Almarhumah Ibu Bainah binti Abdul Hamid iaitu En.Baharaduddin bin Sulaiman dan majlis tersebut telah disempurnakan oleh Bendahari Kelab iaitu En Muhammad Zurkashi bin Hj Abdullah.



Dalam majlis tersebut juga pihak kelab telah menyerahkan baju T-Shirt(baju rasmi trip) kepada para peserta dan ahli-ahli kelab yang akan berlepas ke Kota Kinabalu.




SALAM TAKZIAH

Written By Tegarfishing Club on Friday, March 14, 2014 | 11:50

En.Baharuddin bin Sulaiman
Seluruh wargaTegarfishing  mengucapkan salam takziah kepada salah seorang ahli TFC En.Baharuddin bin Sulaiman  yang telah kehilangan Ibunya yang tersayang pada 13/03/2014 jam 8.00 mlm dan sama-samalah kita menghadiahkan Suratul Fatihah Untuk Al Marhuman Puan Bainah Binti Abdul Hamid iaitu ibu kepada En.Baha semoga  Al Marhumah di himpunkan bersama-sama orang yang solehah.....Al Fatihah.

BICARA PRESIDENT

Written By Tegarfishing Club on Saturday, February 8, 2014 | 15:29

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua, khusus kepada setiausaha yang menjadi pengerak utama kelab ini. Tidak lupa juga kepada Ajk Penaja dan seluruh warga TFC kerana berjaya mendaftarkan kelab ini sehingga ianya menjadi sebuah kelab yang sah disisi undang-undang. Bukan sukar untuk mendaftarkan sesuatu pertubuhan, yang sukar adalah menjaga pertubuhan itu kerana ia memerlukan komitmen dan masa serta pengorbanan.

Diatas keyakinan bahawa pimpinan dan ahli bersedia bergerak bersama maka satu persetujuan telah diambil untuk mendaftarkan kelab ini di bawah naungan pendaftar pertubuhan. Sekali lagi diucapkan tahniah dan syabas diatas kerjabuat kita semua yang terlibat .SELAMAT MAJU JAYA.

TFC TELAH DIDAFTARKAN

Tahniah kepada semua wargakerja TFC yang telah berjaya mendaftarkan kelab ini secara sah di bawah pendaftar pertubuhan dengan Nama :Kelab Pemancing Tegar Kuala Langat.Diharapkan semua warga TFC akan lebih berkerja kuat untuk memastikan cita-cita dan matlamat penubuhan kelab dapat dicapai.Kerja kuat warga TFC sejak tahun 2008 sehingga kini harus di sambut dengan rasa bangga kerana kelab yang sama-sama kita bina dengan berbagai kepayahan telah menjadi kelab yang sah disisi undang-undang. 

BORANG PENYERTAAN

Written By Tegarfishing Club on Monday, February 3, 2014 | 22:36


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TEGARFISHING CLUB - All Rights Reserved
Template Modify by Sale_ehs Gerrard
Proudly powered by Blogger