SIAPA CEPAT DIA DAPAT....

Written By Tegarfishing Club on Saturday, October 19, 2013 | 00:15

Pihak pengurusanTegarfishing ingin memaklumkan kepada ahli-ahli atau yang bersetuju untuk menyertai BORNEO CHALLENGE 2014 membuat pengesahan setuju pergi dan mengisi borang penyertaan untuk di kemaskini maklumat diri untuk tindakan pihak TFC seterusnya.

BORNEO CHALLENGE 2014

Written By Tegarfishing Club on Monday, October 14, 2013 | 01:46

2014 Borneo Challenge...
03-05-2014-06-05-2014 
Menghidangkan cabaran dan kepuasan menduga lautan dalam..disamping mencari seorang JUARA..












Hari Keluarga,Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Ambang Merdeka

Written By Tegarfishing Club on Wednesday, August 21, 2013 | 22:32


Dengan segala hormatnya, pihak kelab Tegarfishing telah bersetuju untuk mengadakan majlis sambutan hari raya dan malam ambang merdeka. Sehubungan dengan itu pihak kelab menjemput semua ahli kelab beserta ahli keluarga untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Tarikh : 30/08/2013
Hari : Jumaat malam Sabtu
Masa : 09:30 malam
Tempat : Perkarangan Kedai PLB Kampung Bandar.
Pakaian : Baju kebangsaan (Wajib)

* Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak AJK serta presiden kelab.




BICARA PRESIDENT

Written By Tegarfishing Club on Sunday, June 2, 2013 | 22:09


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh,

Ahli-ahli dan rakan-rakan pemancing,


Ucapan ribuan terimakasih yang tidak terhingga  daripada pengurusan kelab kerana trip kali ini berjalan dengan lancar tanpa ada masaalah yang berbangkit.Saya dan rakan ahli juga hendak mengucapkan syabas dah tahniah serta terharu kepada salah seorang peserta kita yang pada peringkat awalnya mengalami sedikit masaalah dan akhirnya dapat diselesaikan dengan baik..Alhamdulillah syukur berkat doa teman-teman.

Sesungguhnya teman kita ini telah mengambil keputusan yang sangat kritikal untuk mengikuti trip kami kali ini dan dipihak TFC telah bersedia dengan apa kemungkinan yang akan berlaku di pihak beliau.

Seperti telah di tentukan dan kebetulan tiket penerbangan beliau ke Kota Kinabalu jam 9.00 pagi dan dapatlah beliau berfikir secara bijaksana bagi menentukan mahu mengikuti trip kali ini atau membatalkannya.

Dalam rempah ratus pengurusan trip kali ini sudah tentu ada cacat celanya dan saya selaku President  dan rakan ahli ingin memohon maaf sekiranya terdapat ketidak puasan dihati peserta andai trip kami tidak berbaloi beritahu kami supaya dapat diperbaiki dan sekiran sangat berbaloi khabarkan kepada teman-teman yang lain.

Alhamdullilah, sepanjang 4hari 3malam dilautan dengan perjalanan selama 12 jam untuk sampai ke lubok memancing tidak ada seorang pun pemancing  yang mengalami mabuk laut walaupun ada yang baru pertama kali meredah lautan dalam.Apa yang lebih penting bagi TFC suasana pemuafakatan dan setiakawan dalam mengharungi karenah dan ragam pemancing-pemancing semasa dilautan dan ternyata meraka dapat menyerap semua tekanan selama 4hari 3malam dilautan.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah bertungkus lumus untuk mennyediakan kos yang sangat munasabah dan memastikan pelangan mendapat kepuasan dengan apa yang pihak TFC sediakan.

Akhirnya,pihak TFC mengucapkan setinggi terima kasih dan berjumpa lagi di trip yang akan datang.

Jemputan Ke Mesyuarat Khas/Taklimat TFC

Written By Tegarfishing Club on Monday, May 13, 2013 | 13:07

 Assaalamualaikum,

Merujuk kepada ketetapan yang dibuat melalui talifon tempoh hari, dengan ini tuan-tuan yang menjadi  ahli kelab dan peserta SABAH BIG Game 2013 untuk hadir kemesyuarat,taklimat serta kerja pembungkusan peralatan akan diadakan pada ketetapan yang berikut;

Tarikh        :16/05/2013
Masa          :9.30 mlm
Tempat      :Bilik Gerakan Kelab. 

Sekian harap maklum

SUA Kelab
FBS
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TEGARFISHING CLUB - All Rights Reserved
Template Modify by Sale_ehs Gerrard
Proudly powered by Blogger