Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua, khusus kepada setiausaha yang menjadi pengerak utama kelab ini. Tidak lupa juga kepada Ajk Penaja dan seluruh warga TFC kerana berjaya mendaftarkan kelab ini sehingga ianya menjadi sebuah kelab yang sah disisi undang-undang. Bukan sukar untuk mendaftarkan sesuatu pertubuhan, yang sukar adalah menjaga pertubuhan itu kerana ia memerlukan komitmen dan masa serta pengorbanan.
Diatas keyakinan bahawa pimpinan dan ahli bersedia bergerak bersama maka satu persetujuan telah diambil untuk mendaftarkan kelab ini di bawah naungan pendaftar pertubuhan. Sekali lagi diucapkan tahniah dan syabas diatas kerjabuat kita semua yang terlibat .SELAMAT MAJU JAYA.