CORAT CORET BUMI KENYALANG 2012
|
JETI SANTUBONG..... merupakan tempat SeaMaster iaitu kapal yang kami sewa berlabuh dan ia akan membawa kami meradah Laut China Selatan untuk memenuhi impian semua kaki pancing yang telah lama bersedia untuk bertarung dengan penghuni dasar yang tidak diketahui ganasnya. |
|
JURAGAN MUDA-Jiwa kami rasa terusik bila melihat usia semuda ini telah membanting tulang untuk bekerja, sepatutnya usia sebegini muda semestinya sedang mengulangkaji pelajaran dirumah. Pun begitu kami mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada adik ini kerana sudi melayani kerenah dan membantu kami sebagi pemudah cara kepada kami selama 2hari 2malam di tengah samudra. |
|
Kami baru saja selesai menikmati makan tengahari yang di masak oleh JURAGAN J ,sekarang kami dalam perjalanan menuju kelubuk kerapu dan merah dengan teknik pancingan secara berhanyut.
|
VP Ijam (Gambar Atas) dan acan dengan hasil pancingan ketika teknik berhanyut | | | | | | | |
|
|
|
|
|
|
Secretary Fadli berjaya mendaratkan ikan tenggiri dengan teknik Jingging sementara Pak Azmi dan Banker1 Saleem dengan pancingan masing-masiang ketika teknik berhanyut. |
| | | | |
|
|
0 comments:
Post a Comment