Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setahun menanti tanggal 03/05/2014 akhirnya tiba. Para ahli-ahli dan peserta BC2014 Takad 34 Rubbin Bank Sabah yang budiman. Sesungguhnya cabaran pada tahun ini sangat menguji ketabahan para pemancing dan semua yang terlibat dalam trip kali ini .
Terlebih dahulu pihak TFC memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku semasa trip ini berjalan. Menjangkau usia 7 tahun TFC sebagai penganjur, sudah tentu banyak yang akan dinilai dari sudut penambahbaikan perkhidmatan, dan ianya pasti menjadi keutamaan pihak pengurusan TFC untuk menjadi penganjur yang terbaik.Tanpa diduga sedikit kecacatan teknikal berlaku yang mengakibatkan keselurahan trip kali ini melalui suasana muram.

Para peserta seramai 12 orang pemancing tegar yang diketuai oleh En.Mohd Fadli (Sebagai Pemudah Cara yang juga setiausaha kelab)bergerak daripada pejabat operasi TFC seawal jam 5.00pagi menuju ke KLIA dengan penerbangan MAS MH 2604 berlepas jam 7.30pagi.Berbekalkan pengalaman yang telah di perolehi selama ini, urusan daftar masuk bagasi dan birokrasi yang telah ditetapkan oleh pehak penerbangan dapat diselesaikan dengan baik dan teratur. Tahniah kepada En.Mohd Fadli, kerana berjaya melakukan tugasan dengan baik.
Walaupun tidak sesukar mana, tetapi menguruskan 12 orang peserta,sudah tentu menghadirkan berbagai-bagai ragam, tetapi ia dapat di urus hasil daripada kerjasama yang baik daripada semua yang terlibat... Tahniah Semuanya dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami dan berjumpa lagi ditahun hadapan, dilain destinasi yang lebih mencabar iaitu Pulau Layang-layang Sabah dan Samariang Sarawak pada tahun 2015 akan datang.

0 comments:
Post a Comment