Apabila turun memancing, kita sering mengharapkan hasil yang baik. Kebanyakan berpendapat trip yang berjaya hanya dapat diukur dengan menaikkan ikan terbesar dan terbanyak. Jika tidak, terjadilah apa yang ingin dielakkan iaitu trip kumpau.
Kadangkala mereka terlupa hasil yang banyak sahaja tidak menjanjikan kepuasan dan keceriaan sebenar. Kumpau juga terjadi kerana dipengaruhi oleh pelbagai sebab yang lain. Kelemahan dari segi khidmat tekong, kemudahan bot, keadaan cuaca, sikap pemancing dan juga masalah-masalah yang muncul sebelum, semasa dan selepas trip misalnya boleh mengganggu konsentrasi dan keceriaan sesuatu trip. Akibatnya, walaupun memperoleh rezeki yang banyak, namun trip tidak menghasilkan natijah yang diinginkan oleh pemancing mahupun penganjur trip.
Di sinilah tugas seorang penganjur atau penyusun trip menjadi amat penting. Menyusun sesuatu trip memancing bukanlah satu tugas mudah. Memuaskan hati para pemancing menjadi satu cabaran besar buat penganjur trip. Banyak kriteria yang perlu diambil kira supaya trip yang dianjurkan dapat menjadi trip yang terbaik, yakni dari semua sudut. Di sini dibincangkan sepintas lalu bagaimana cara menyusun trip yang baik, apa aspek yang perlu diambil berat dan apakah yang harus dilakukan oleh setiap pemancing bagi membantu meringankan tugas seorang penganjur trip. Tumpuan diberikan terhadap penganjur trip sampingan yang paling banyak mewarnai dunia pancingan di negara kita hari ini.
Tugas dan Cabaran
Peranan penganjur trip walaupun penting, tetapi tidaklah begitu popular. Bagaikan penjaga gawang yang sering dilupakan jika beroleh kejayaan, sebaliknya akan dikutuk dan dipersalahkan apabila mengalami kegagalan, itulah perumpamaan watak yang dimainkan seorang penyusun trip.
Tak semua orang boleh menjadi penganjur atau penyusun trip yang baik. Hanya pemancing yang berkebolehan dan berpengalaman serta tahu tentang ilmu pancingan, arif tentang soal tekong dan lubuk sahaja yang berupaya menjadi penyusun trip yang baik. Penganjur trip juga mestilah seorang yang berkepimpinan, berkaliber, berani, tegas, bertolak ansur, beretika dan bertanggungjawab.
Tak ramai penganjur trip yang sempurna dapat dicari. Penganjur sambilan yang baik-baik biasanya bersara lebih awal kerana tidak tahan dengan segala karenah pemancing yang membosankan. Namun yang datang selepas itu silih berganti. Masing-masing dengan kekurangan dan kelebihannya yang tersendiri.
Selain bergantung kepada hasil, penyusunan trip yang teratur, lengkap, mesra dan profesional amat penting untuk memberi kepuasan yang maksimum kepada pemancing. Jika trip dikendalikan oleh seorang penganjur yang baik, ia akan menatijahkan kesan yang baik dan menyeronokkan. Khidmat bot dan tekong yang ditempahnya dipastikan daripada yang terbaik. Persediaan dari segi kemudahan dan perkhidmatan yang diberikannya adalah terbaik. Bahkan trip juga barangkali beroleh kepuasan terbaik, biarpun hasil sebenar biasa sahaja.
Tetapi jika penganjur trip itu seseorang yang bersikap sambil lewa, memikirkan keuntungan berlebihan, sangat berkira, kurang serius dan kurang berpengalaman, maka ini mungkin menatijahkan keadaan sebaliknya. Khidmat yang diberikannya ala kadar dan menyusahkan pemancing, bot dan tekong yang ditempahnya murahan tetapi teruk, manakala hasil yang diperolehi, sama ada sedikit atau banyak, tidak membawa sebarang kepuasan, sebaliknya mencetuskan perbalahan sesama pemancing. Soalnya ialah, bagaimanakah cara menyusun trip yang baik?
Siapa Penganjur Trip?
Penganjur atau penyusun trip boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada dua kategori utama, iaitu penganjur profesional dan sambilan. Sebagai penganjur profesional, menganjurkan trip pancing menjadi satu bentuk pekerjaan yang memberikan keuntungan dan profesion yang tetap untuk seseorang penganjur trip mencari rezeki. Penganjur kelas ini amat bergantung kepada kepercayaan dan kepuasan pemancing. Maka perkhidmatan yang diberikan oleh mereka mestilah yang terbaik. Jika tidak, mereka haruslah menerima teguran dan kritikan secara terbuka daripada para pelanggan.
Namun dari teguran dan kritikan itulah mutu perkhidmatan mereka akan diperbaiki dan dipertingkatkan. Segala kritikan yang diberikan diterima malah dialu-alukan sebagai sesuatu yang membina. Tetapi sudah tentulah bayaran yang dikenakan oleh penganjur trip ini sangat mahal. Pemancing yang mengikuti trip mereka selalunya terdiri daripada kumpulan pemancing tegar. Mereka adalah dari jenis yang tidak berkira sangat tentang soal kos dan bayaran asalkan dapat melempiaskan gian memancing.
Kategori kedua pula ialah penganjur sambilan. Mereka terdiri daripada penyusun trip yang suka-suka dan tidak mengambil sebarang untung. Biasanya mereka lahir daripada kalangan pemancing sendiri yang gilakan trip. Mereka menganjurkan trip bukan kerana wang dan upah, tetapi kerana kepuasan dan keseronokan. Motif mereka menganjurkan trip hanya untuk berkongsi keseronokan dengan pemancing lain.
Selalunya mereka mempunyai sasaran yang terdiri daripada kenalan dan kumpulan-kumpulan kekal, selain pemancing baru yang muncul dan terlibat sekali sekala. Oleh kerana khidmat yang diberikan mereka adalah secara suka-suka dan sambilan, maka ia tidaklah sebaik yang pertama dari segi kemudahan dan persediaannya. Sebaliknya para pemancing perlu turut menyumbang dan memberi khidmat sebagai penolong.
Dalam keadaan ini, para pemancing sepatutnya memberi galakan, kerjasama dan bertolak ansur terhadap penganjur tersebut. Mereka juga perlu memikul beban tanggungjawab bersama dan tidak hanya pandai menunjuk ajar dan mengkritik jika tidak berpuas hati dengan khidmat yang diberikannya. Segala kekurangan yang timbul tidak harus dilihat sebagai kelemahan penganjur sahaja, tetapi setiap pemancing juga harus berperanan seperti sebuah pasukan dalam satu bahtera. Masing-masing perlu berbincang secara elok dan menangani segala kekurangan serta cuba memahami kesukaran yang dihadapi oleh penganjur trip.
Selalunya penganjur dalam kategori inilah yang sering digunakan pemancing untuk mengikuti trip. Pada merekalah para pemancing sering bergantung harap untuk mengikuti trip yang kerap, ceria lagi murahan. Industri dan dunia pancingan berkembang pesat kerana sumbangan golongan kerdil ini. Tetapi dalam banyak keadaan, penganjur kategori ini sering bertembung dengan kelas ‘pemancing cap ayam’ yang kerap berkokok dan bersikap songeh.
Pemancing ini sesetengahnya turun ke laut sebagai ‘pemburu kepala’ dan bukannya pemancing sejati. Mereka mengharapkan hasil yang banyak untuk dibawa pulang lalu diagih-agihkan kepada jiran. Mereka mahu dipuji kononnya handal memancing. Jika hasil kurang baik, penganjurlah yang dipersalahkan. Sebaliknya jika ia seronok dan beroleh hasil yang baik, itu kerana ia pemancing otai.
Akibatnya, mudahlah ia menghambur segala kritikan dan cacian secara terbuka terhadap penganjur walaupun atas sebab-sebab yang palsu dan remeh temeh. Natijahnya, ramai penganjur dalam kategori sambilan ini pencen awal sedangkan khidmat mereka sangat-sangat diperlukan. Sesetengahnya terus berhenti daripada kegiatan memancing kerana serik dengan perangai pemancing.
Mengenalpasti Beberapa Perkara Asas
Bagi mengelakkan kritikan, sudah tentulah penganjur perlu berusaha keras memenuhi segala hasrat pemancing. Pada masa yang sama, ia juga perlu menangani sikap pemancing yang songeh. Sebagai langkah awal, beberapa aspek asas perlulah diambil kira sebelum merancang sesuatu trip.
(i) Lubuk
Jangan ikut suka atau ‘hentam sembrono’ sahaja apabila memilih sesuatu lubuk pancingan. Pilihlah lubuk-lubuk yang diyakini berpotensi dan berbaloi untuk dilawati. Walaupun kos ke lubuk-lubuk tertentu agak mahal, namun jika ia produktif kos yang tinggi akan dilupakan si pemancing.
Jika sesuatu lubuk itu ada kebarangkalian kumpau, usahlah mencuba biarpun untuk trip murah sahaja. Jika hasil tak baik, pemancing pasti merasa serik dan risiko penganjur dipersalahkan amat tinggi. Lebih-lebih lagi jika membawa pemancing yang banyak berkira.
Dalam hal ini, berurusanlah sebaik mungkin dengan tekong kerana mereka selalunya lebih maklum tentang potensi sesuatu lubuk berdsarkan trip-trip yang dibuat sebelumnya. Tekong yang baik selalu mengambil berat tentang soal lubuk yang baik dan sentiasa memberi saranan lubuk mana sesuai dijelajahi.
(ii) Tekong
Tekong yang ditempah biarlah yang sudah dikenali ramai dan diakui sebagai tekong yang berpengalaman. Khidmat yang diberikannya mestilah memuaskan, walaupun kos sedikit tinggi. Cara mudah untuk mengenalpasti kepakaran dan pengalaman seseorang tekong ialah dengan bertanya kepada pemancing-pemancing lain yang sering menggunakan khidmatnya.
Seseorang tekong juga mempunyai sikap songehnya yang tersendiri. Ada sesetengahnya bermulut laser, kaki rempit, kaki tidur, kaki makan, kaki umpat, suka bercakap besar, pantang dibodek dan sebagainya. Tapi tak kurang pula yang profesional dan baik-baik. Oleh itu, selidiki dan fahamilah betul-betul mentaliti seseorang tekong dan cuba mencari titik kelemahannya agar kita dilayan setaraf VIP. Tak salah kita memuji dan membodek sikit-sikit demi memperoleh hasil yang banyak-banyak.
Setelah memilih tekong yang baik, galakkan tekong memainkan peranan utama dalam trip. Berilah kepercayaan kepadanya. Jangan memandai-mandai mengarah itu dan ini dan jangan sesekali bermulut celupar. Silap haribulan, trip tersasar ke lubuk belut bukannya lubuk ikan!
(ii) Bot
Bot pula mestilah sepadan dengan kos yang dibayar. Jangan pula kos memancing sampai beribu, tetapi bot yang ditempah tiada kemudahan untuk tidur, mandi dan melepaskan hajat.
Bot yang baik mestilah mempunyai kemudahan yang lengkap, khususnya peralatan asas seperti sonar dan GPS. Lebih elok lagi sekiranya siap dengan pagar besi, pemegang joran, katil, paip mandi, tempat menyimpan umpan hidup, jaket keselamatan dan sebagainya agar trip menjadi lebih sempurna. Tidak usah mengambil risiko menggunakan bot yang tiada kemudahan kecuali jika kita menganjurkan trip ringan terdekat dan balik hari. Tetapi trip ringan hasilnya pun tak seberapalah!
Menempah bot yang baik memerlukan tempoh yang lebih awal dan berisiko tinggi. Penganjur trip mestilah berani untuk menanggung risiko ini. Bagi mengurangkan tanggungan, seeloknya penganjur mengutip wang pendahuluan daripada setip pemancing untuk diberikan kepada tekong sebagai deposit tempahan bot. Dengan itu, penganjur dan pemancing sama-sama menanggung risikonya jika trip dikenselkan dan wang deposit hangus. Jangan cuba memberikan kekecualian bayaran pendahuluan kepada sesiapa pun, khususnya jika melibatkan trip yang mahal, walaupun atas nama sahabat sekampung. Jika tersalah langkah, kita juga yang menerima akibatnya.
Soal makan minum atas bot juga haruslah diambil kira. Kadangkala sesetengah khidmat bot murah tidak menyediakan makanan kecuali kita kena menyedia dan memasaknya sendiri. Jangan pula sampai kita kebuluran kerana terlupa berbincang dengan tekong tentang soal penyediaan peralatan memasak dan makanan.
(iii) Persediaan
Persediaan perlulah mencukupi dan lengkap sebelum turun trip. Makluman tentang lubuk pancingan, peralatan yang sesuai dibawa, teknik yang akan digunakan dan sebagainya lagi perlu diberikan seawal mungkin agar pemancing dapat bersedia. Jika tidak, perancangan mungkin tidak berjaya.
Pilihlah waktu yang sesuai dari segi cuaca, arus dan pasang surut. Tetapkan sasaran yang sesuai. Jika sekadar memancing di Pulau Angsa, jangan pula tetapkan sasaran mengalahkan trip jigging ke kepulauan Maldives!
Sebelum menaiki bot, berbincanglah dengan semua kaki tentang syarat-syarat yang ada dan soal pembahagian hasil. Ada pemancing yang tidak ambil berat tentang hasil yang akan dibawa balik. Tetapi ada juga pemancing yang pantang jika hasil tak sama berat dan tak sama warna. Sering terjadi perbalahan akibat perebutan ikan, walhal ini dapat dielakkan jika konsep pembahagian hasil telah pun ditetapkan dari awal.
(iv) Ketua Trip
Peranan seorang ketua sangat perlu dalam sesuatu trip bagi mengawal dan mengimbangi kesukaran sekiranya berlaku. Perlantikan ketua trip hendaklah dipersetujui oleh semua pemancing dan sekiranya keputusan telah dibuat, tidak wajar lagi pemancing membelakangi keputusan ketua trip. Kebiasaannya ketua dilantik dari kalangan penganjur trip kerana beliau lebih arif tentang soal lubuk dan tekong.
Tugas ketua trip ialah untuk memastikan semua persediaan telah lengkap dan mencukupi. Ketua trip akan memilih penolong-penolongnya bagi memudahkan segala urusan. Ketua trip juga menetapkan apa-apa syarat, peraturan, kod etika, pantang larang dan seumpamanya yang boleh menganggu trip. Soal keselamatan, pembahagian tempat memancing, tindakan yang perlu dibuat jika tali berbelit sesama pemancing, tugas mengangkat barang, berpindah lubuk, teknik yang tidak betul, perangai yang kurang sopan dan sebagainya kadangkala boleh menimbulkan salah faham dan perselisihan atas bot jika tiada pihak yang dapat menanganinya.
Nampaknya perkara-perkara yang disentuh di atas kelihatan cukup remeh. Bagi sesetengah pemancing, mereka hanya ingin memancing dan tidak suka ditetapkan itu dan ini. Memang ia nampak remeh, tetapi jika terkena pada batang hidung sendiri, pemancing itulah nanti yang akan menjadi joghe bergaduh nombor satu. Alangkah baiknya pantang larang dan peraturan-peraturan yang dianggap remeh temeh ini diselesaikan lebih awal. Dengan itu, segala masalah yang lebih besar barangkali akan dapat dibanterasi.
(v) Memilih Pemancing
Walaupun penganjur trip mesti bekerja dan berkorban bersungguh-sungguh, tetapi tak semestinya pemancing lain hanya menjadi penumpang dan pemerhati sahaja. Mereka juga perlu sanggup menerima risiko dan bebanan yang sama. Dalam konteks ini, pemilihan pemancing tidak boleh dibuat sesuka hati. Seleoknya pilihlah pemancing yang beretika dan senang menerima teguran. Nanti kita juga akan senang hati.
Sebaiknya kita memilih pemancing sejati. Pemancing sejati berbeza dengan pemancing cap ayam. Mereka turun trip bukan untuk tidur, makan, mabuk, buat feel dan banyak karenah. Jika betul mereka pemancing sejati, apapun dugaan yang harus ditempuh mereka akan hadapi dan bersabar. Mereka tidak mudah menuduh serta menyalahkan orang lain, kecuali jika kesalahan seseorang penganjur atau pemancing itu jelas. Mereka juga bersungguh-sungguh dan memberi sepenuh tumpuan terhadap kejayaan trip, bukan menjadi pengacau jika tidak berpuashati dengan sesuatu perkara. Jika perlu, tinggalkan saja pemancing yang banyak songeh atau nasihatinya supaya memilih trip dan penganjur lain yang lebih serasi dengan mereka. Selalunya pemancing yang banyak songeh tidak dapat diubati sekelip mata.
Sebagai penganjur, anda sendiri perlulah bijak memilih pemancing. Ini penting supaya kecacatan kecil dalam trip yang anda anjurkan tidak menjadi senjata untuk membunuh semangat dan pengorbanan anda selaku penganjur trip. Pilihlah pemancing yang ada etika dan agama, dikenali hati budinya, boleh diharap dan dipercayai, tidak temberang dan kaki ampu, sanggup berkongsi kesusahan dan berkorban, sefahaman, ringan tangan dan tidak suka merungut. Kalau memilih yang banyak duit sekalipun tidak berguna jika perangainya pemalas, kedekut dan suka cakap besar.
Etika Pemancing yang Perlu Diterapkan
Pemancing juga perlu bekerjasama dan sanggup bersusah payah demi menjayakan sesuatu trip. Ia untuk kebaikan mereka juga. Mereka haruslah komitmen. Jika terpaksa membatalkan penyertaan, seeloknya mereka telah pun memberikan wang deposit dan menganggapnya sebagai satu sumbangan walaupun tidak dapat turut serta. Seelok-eloknya mereka memberitahu lebih awal supaya senang penganjur trip mencari pengganti.
Pemancing yang sejati adalah sahabat sejati. Mereka harus bersikap tolak ansur, rajin, bertanggungjawab dan tolong menolong. Mereka tidak patut menimbulkan beban dan kesusahan kepada penganjur seperti berebut tempat memancing, berebut ikan, berebut makan, bergaduh sesama pemancing, bertengkar dengan tekong dan sebagainya yang pasti menjejaskan kelancaran dan keceriaan trip. Elakkan sifat-sifat buruk semasa di atas bot seperti suka membuang ‘angin’, sampah dan sisa peralatan memancing merata-rata, membazir makanan dan minuman, tidak menjaga kebersihan tandas, suka mengambil dan meminjam peralatan orang lain, leka tentang soal keselamatan diri sendiri dan orang lain dan sebagainya.
Berpada-padalah dalam segala tutur kata dan tingkah laku agar tidak menyakitkan hati pemancing lain. Jangan suka bercakap besar dan bersikap kurang ajar, apatah lagi tidak patuh kepada nasihat yang diberikan oleh seseorang kapten. Tunjukkan sifat-sifat lalang yang makin tinggi makin tunduk. Kita perlu sedar bahawa sikap dan tingkah laku yang baik itulah akan menjadi aset yang membolehkan kita dihormati dan dipilih untuk terlibat dalam trip-trip yang akan datang. Jika tidak, kita pasti dipulaukan orang. Pendek kata, pemancing juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam menjayakan sesuatu trip.
Sebagai rumusannya, bolehlah dikatakan tugas menganjurkan trip, sekalipun tampak mudah, memerlukan kebolehan dan keberanian yang tinggi. Tidak semua orang mampu menganjurkan trip yang baik. Trip akan berjaya jika seseorang penganjur dapat mengatur dan menangani segala masalah dalam trip dengan baik. Apapun yang pastinya, tugas seseorang penganjur trip sampingan selalu terdedah kepada pelbagai risiko. Mereka bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian dari segi kewangan, tenaga dan masa, bahkan juga terpaksa menghadapi pelbagai tekanan kerana terpaksa melayan kerenah pemancing yang terlalu banyak berkira. Tetapi segala kesusahan dan dugaan pastinya dapat diterima oleh penganjur trip sekiranya para pemancing terhibur dan dapat menghargai segala usaha dan penat lelah mereka.

0 comments:
Post a Comment